Rabu, 16 Mei 2012

Pilih Siapa ?



Credit to: kompaspecah.blogspot.com




Macam mana agaknya kalau kucing yang merajuk? Macam kucing kat atas tu ke, comel kan ? If and only if, aku pun macam kucing tu...comel tak ? hehehe :P Kalau lah manusia yang merajuk, mesti buat muka kura-kura kan ? heeeee... mesti korang pun selalu buat muka kura-kura jugak kan ? buat macam kura-kura kat bawah ni .. lepas tu, nanti orang yang tengok, mesti tercuit hati... kan kan?  ^_^ 


Credit to: gambar-gambar.com


Dah lama aku tak buat muka kura-kura tu depan Mr. Captain. hehehe. Dia suka gelak sakan kalau aku buat muka macam tu. haha . senyum sorang-sorang je bila ingat-ingat balik. Rasa macam jadi budak kecik.. hehehe.. Terkenang masa zaman kanak-kanak pulak.. Adeh (^_^)!


Cuti semester dah nak habis dah. Bincang dengan dia tadi. Adeh. Banyaknya permintaan orang-orang disekeliling aku. Yang itu nak itu. Yang ini nak ini. Yang sana nak sana. Yang aku nak yang satu. Entah yang mana dapat aku pilih. Kalau aku ingin penuhi semua, akan pincanglah seluruh kehidupan aku kelak. Nak ditolak tak dipenuhi, terasa sangat berat lah pulak... Serious, aku tak suka hampakan harapan orang, lebih-lebih lagi harapan orang-orang yang aku sayang. 


Perlukah aku meletak syarat agar permintaan mereka aku penuhi sedangkan aku tahu syarat itu sangat sukar untuk ditunaikan? Perlukah aku memohon agar aku diberi rasa damai sedangkan aku tahu semua itu tidak dapat ditunaikan ? Mampukah aku meleburkan sekarat gembira di hati dengan membuat orang lain bahagia sedang aku dirundung hiba ? Sanggupkah aku mengikat kemahuan dan keperluanku demi orang-orang yang tersayang sedang aku menderita kekurangan ? Ikhlaskah aku melengkapkan kehidupan insan-insan tersayang?




Duhai Tuhan... 
Engkau lengkapkanlah kehidupanku dengan kehadiran insan-insan 
yang mampu membuatkan aku tersenyum dan bahagia. 
Engkau permudahkanlah perjalanan hidupku. 
Engkau cukupkanlah kekurangan diriku 
agar aku dapat memenuhi kekurangan insan yang lainnya, Tuhanku... 
Ampunilah mereka yang aku kasihi 
dan Engkau ampunilah diriku dan letakkanlah saudara-saudaraku 
yang telah menemui-Mu dikalangan mereka yang beriman... 
Amien Allahumma Amien ... 
Amien ya Rabbal Alamien ... 




Dapatkah aku bersama mereka ? 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Banjir: Punca dan Cara Mengelakkan - Banjir adalah salah satu bencana alam yang kerap melanda di banyak kawasan, terutama di kawasan rendah dan padat penduduk. Kesan daripada banjir bukan sa...
    2 minggu yang lalu
  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    8 bulan yang lalu
  • Macam Dulu - 12 Februari 2020 Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan t...
    4 tahun yang lalu
  • BAS dan BAS - *UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI* *Tambah* mana yang kurang, *ambil* mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaup...
    5 tahun yang lalu
  • CABUT GIGI GERAHAM DAN DRY SOCKET.. - Assalammualaikum.. Serius tak sedar dah dua bulan aku tak update apa-apa..baru cadang nak rajin blogging tahun ni..lupa dowh nak bukak blog bila dah akti...
    5 tahun yang lalu
  • KEMBARA - Kita Tiada - Tiapa apa. Aku jadi ingat. Duka itu ubati lupa. Sangka baik. Percaturannya Dia itu hebat. Indah dan tepat. Hanya Dia saja yang ada....
    7 tahun yang lalu
  • Dua Ringgit Jer Untuk Hari Raya? KEDEKUT! - *Kanak-Kanak yang masih kecil * : *Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm* *Orang Dewasa Yang Sangat Dewasa * : *Walaalaikumsalam. Wah ramainy...
    8 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendid...
    9 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    11 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    12 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu