Khamis, 31 Mei 2012

BILA NAK BELI MAKANAN KUCING ?




Ini merupakan iklan makanan kesihatan haiwan peliharaan bernama KUCING.
Jika anda tidak berminat untuk membaca risalahkucing yang mengarut yang lebih kepada membebel ini, sila baca risalah seterusnya.



#Chatting#
Dari bahu berpindah ke bahu
dari mata turun ke hati
dari kasih bertambah sayang
dari sayang menjadi cinta
dari cinta terbitlah setia
dari setia adanya rindu

dan sampanpun berlalu
seisi tasikpun beradu
membiarkan bulan tersipu malu
bersama pungguk di perdu rindu



Sehari berlalu.

Panggilan dari corong sana dunia tidak dijawab. Tangan milik orang di balik sini dunia penuh memegang barang-barang keperluan milik keluarga. 




Lima minit berlalu, panggilan bersambung dari sini dunia ke sana dunia.


Ly : aku rindu kau. | bercakap dengan nada lemah longlai tidak bermaya |

Jay : apa ?

Ly : aku rindu kau.

Jay : oh.

Ly : aku cinta kau.

Jay : aku tahu.

Ly : ni nak balas dendam ke ? | sambil ketawa |

Jay : tak.




Perbualan berakhir tidak lama selepas itu. Corong talian itu kembali sunyi hampir sehari lamanya. Jay tidak lagi menghubungi Ly sekerap dahulu. Tidak ada apa yang perlu dibualkan melainkan menyampaikan ungkapan rindu, cinta dan kasih. Jika ada, talian dari Jay hanya mampu bertahan tidak sampai seminit sebelum Jay membuat keputusan untuk tidak mengganggu Ly. 



Jam lapan malam. Pesanan dari Ly diterima. -> bunyi semacam merajuk <-


aku call dua2 no kau. tp xde. xtaw kau sengaja nk bg pdn muka aku or else.
thanx







Talian di sini bersambung lagi.




Jay : Sorry, my brother was used my phone just now. phone dia rosak.

Ly : oh.

*senyap*

Ly : aku rindu kau.

Jay : tahu. kau dah cakap tadi pagi.

Ly : then ? Kau tak buat apa-apa pun ? Bila kita nak jumpa ?

Jay : Nanti lah. Belum tiba masanya.

Ly : Kau dah tak nak jumpa aku lagi.

Jay : Jangan cakap macam tu. Sayang dia sangat-sangat.

Ly : Saya lagi saaaaaayaangggg dia sangat-sangattttt... Cepat la balik. Saya rindu awak ni.
*tempo dah jadi macam kucing gatal*

Jay : InsyaAllah.. tak lama lagi kita akan jumpa.
*Kalau ada rezeki.* -sambung Jay di dalam hati-

Ly : Betul ni nak balik tak lama lagi ?

Jay : InsyaAllah.

Ly : Anak kucing kat rumah dah bising bertanya mana Jay. Aku tak tahu bila aku ada masa nak beli makanan kucing yang special macam yang kau beli tu.

Jay : haha. ok, nanti aku beli.


dan talian itu tamat lima belas saat kemudian. senyuman manis terukir di bibir Jay. Tidak disangka-sangka, lelaki yang sukar mengungkapkan kata-kata rindu dan cinta seperti Ly akhirnya mengungkapkan kata-kata rindu itu kepadanya juga.


Bukan Jay tidak rindu. Bukan Jay ingin membalas dendam. Tapi Jay tiada topik penting untuk dibualkan bersama Ly jika Jay menghubungi Ly. Lagi, Jay tidak mahu mengganggu Ly dengan panggilan-panggilan tidak penting dari Jay. Jay tidak mahu Ly berasa "rimas perut" lagi.





Sekian sudah iklan makanan kesihatan haiwan peliharaan bernama KUCING seperti gambar di atas. 
Terima kasih kerana meluangkan masa membaca iklan ini. 
:p



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Semoga selamat belaka - Banyak suka duka sepanjang tahun 2023. Tak semua mampu ditulis di sini. Malas nak susun ayat pun ya juga. Terima kasih dan selamat tinggal 2023. Selamat...
    2 bulan yang lalu
  • TERPALING CAMPERS - OUTDOOR - Assalammualaikum wbt. So macam tajuk di atas, la ni aku rasa nak kongsi lah sikit benda apa yang paling rancak sekarang dalam hidup aku.. yup, camping la...
    4 bulan yang lalu
  • Tularnya kisah motor Abang Rider disita - Saya turut bersimpati dengan rider Food Panda yang mengalami masalah baru-baru ini kerana motorsikalnya disita oleh pihak berkuasa. Belas ihsan adalah s...
    6 bulan yang lalu
  • Lara Hati - Hujan sepanjang hari ini, dingin sedingin hati. Jauh aku merenung tiap titis air hujan yang turun masihkah ada rindu? Aku sengaja membiarkan Tangan aku bas...
    2 tahun yang lalu
  • 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐍𝐃𝐔 𝐁𝐀𝐒 - Bas yang di dalam cerita ini Lingkungan awal 90an, selepas beberapa waktu abang zul bekerja sebagai pemandu lori yang bermula dari lori 1 tan, kemudian 3...
    3 tahun yang lalu
  • HARMONI yang HILANG - Semalam aku ke kedai ubat Cina membeli sesuatu. Aku cakap MAAF sebab ganggu dia sedang makan. Dia balas MAAF sebab aku nampak dia sedang nikmati makanan se...
    4 tahun yang lalu
  • Kembali - Assalamualaikum wbt. Gementar nak menulis semula. Terlalu lama berhibernasi barangkali. Jika ada yang merindu tulisku, coretku dan anganku. Insha Allah akan...
    5 tahun yang lalu
  • Tips Kurus Dalam Masa 3 Hari - So this really can make everyone get excited sebab nak kurus. I mean for a GIRL Laki macam tak beberapa kisah sangat dengan badan naik kot sebab Anwar tak...
    7 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    8 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    10 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    11 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu