Credit to: plu.edu |
Profession sebagai seorang ahli pengamal perubatan walaupun hanya sebagai seorang jururawat bukanlah satu tugas yang asing untuk aku. Rakan taulan, saudara mara, dan jiran tetangga juga ada yang pernah menyandang jawatan itu. Malah aku juga pernah bercita-cita untuk menjadi seorang ahli pengamal perubatan kerana sangat meminati subjek kimia sewaktu berada di sekolah menengah.
Ingat lagi waktu adik ketiga, si Hafiz baru dilahirkan. Masa tu hari raya ketiga dan sewajarnya tidak ada satu pun Klinik kesihatan terdekat yang dibuka kecuali untuk kes kecemasan. Dengan bantuan sorang jiran yang merupakan seorang jururawat masyarakat, adik ketiga selamat dilahirkan sejurus sebelum rombongan marhaban sempena hari raya tiba dirumah. Tanpa sempat dimandikan dan diazankan oleh bapa, beberapa orang tetamu dari rombongan marhaban meletakkan si Hafiz ke dalam dulang besar dan rombongan marhaban terus mengalunkan selawat nabi untuk menyambut kelahiran si kecil dan menyambut hari raya waktu itu. (^_^)
Sentiasa segar dalam memori apabila abang sulung terpaksa tinggal di dalam appartment Hospital Sultanah Aminah selama sebulan akibat kemalangan jalan raya sepuluh tahun yang lalu. Walaupun bukan seorang pengamal perubatan, namun bapa tidak lari dari menggalas tugas menjaga abang sulung semasa dia di sana. Dan menjadi sebahagian tugas aku untuk menjaga serba serbi keperluannya selepas dia keluar dari Hospital.
Terpahat di dalam memori hidupku bila bapa melarang aku mengikuti kursus menjadi sorang pengamal perubatan di Universiti tempatan setelah tawaran diterima. Frust memang frust. Tapi nak buat macam mana kalau izin orang tua tidak diperolehi... huhuhu
Bila emak sakit, aku juga menggalas tugas untuk menjaga emak. Emak lebih mempercayai aku dalam soal mengurus rumah tangga berbanding abang sulung yang sememangnya sentiasa ada di rumah. Selepas sebulan aku menjaga emak di kampung semasa cuti semester penghujung tahun kedua, emak dah boleh kembali menjalankan tugas seharian di tempat kerjanya. Cuti panjang selama empat bulan membuatkan ramai rakan-rakan emak merindui emak. Tak habis-habis ucapan selamat memenuhi ruang muka buku milik emak sejak emak kembali bekerja dua hari yang lalu. Alhamdulillah ... :)
Dan biarpun aku tidak berjaya menggalas profession sebagai seorang jururawat, aku tidak pernah menyesal. Ye lah, aku tak nak lah nanti ada yang kata :
"Nurse konon ! Makan ubat pun takut, boleh pulak pass jadi jururawat ?"
p/s: kalau ada yang kata macam tu, ayat apa aku nak jawab ? hehehehe .... Lari... run, run away ! :P