Jumaat, 10 Ogos 2012

KADAR ZAKAT FITRAH 2012



Credit to: I.in.blogspot.com.com




Sudah hampir sepurnama kita berada di dalam bulan Ramadhan. Paras norma bagi kita umat Islam adalah membayar zakat fitrah. Namun, tahukah kita apa itu zakat? Siapakah golongan yang wajib membayar zakat? Siapakah golongan yang layak menerima zakat? Apakah hukum membayar zakat fitrah? Dan berapakah kadar pembayaran zakat fitrah pada tahun ini ? 




Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG”.

Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.



Golongan yang wajib memberi zakat pula adalah : 
  • Islam
  • Merdeka.
  • Sempurna Milik. (harta yang hendak dizakat tidak dikawal oleh orang lain)
  • Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat
  • Cukup nisab
  • Cukup haul (Genap setahun mengikut kalendar Hijriah) 


Berikut pula merupakan golongan yang layak menerima zakat : 
  • Fakir :  Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain.
  • Miskin :  Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungannya.
  • Amil :  Orang yang dilantik / ditauliahkan oleh Sultan atau Naibnya untuk penyelenggaraan hal-hal zakat.
  • Muallaf :  Orang yang baru memeluk Islam iaitu “orang yang dijinakkan hatinya” dengan diberi bantuan supaya mereka teguh mencintai Islam.
  • Riqab :  Iaitu hamba mukatab yang ingin memerdekakan dirinya.
  • Fisabilillah :  Fisabililah ialah tiap-tiap perbuatan / perkara yang menjurus kepada keperluan dan masalah untuk menegakkan syiar Islam.
  • Ibnu sabil : Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat:
    1.  Ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya.
    2.  Pengembaraan diharuskan oleh syarak.

Pecahan hukum mengikut waktu pembayaran zakat fitrah pula adalah seperti berikut : 
  • Waktu yang diharuskan iaitu dari awal Ramadhan sehingga hari akhir Bulan Ramadhan.
  • Waktu Wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
  • Waktu Afdhal iaitu selepas sembahyang subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang Raya Aidil Fitri.
  • Waktu Makruh iaitu selepas sembahang Hari Raya Aidil Fitri sehingga tibanya Waktu Maghrib (iaitu sebelum terbenam matahari).
  • Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidil Fitri.


Manakala kadar pembayaran zakat pada tahun 2012 masihi adalah seperti berikut : 
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Pulau Pinang : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor : RM8/RM5

  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Kelantan : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Trengganu : RM7.60/RM7/RM4.50
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Pahang : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka : RM6.50
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Negeri Sembilan : RM6.50
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Perak : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Kedah : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis : RM6
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Sarawak : RM6.50
  • Kadar Zakat Fitrah Kuala Lumpur : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Putrajaya : RM7


Semoga dengan informasi yang diberikan dapat kita gunapakai bersama. Selamat beramal ! :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Banjir: Punca dan Cara Mengelakkan - Banjir adalah salah satu bencana alam yang kerap melanda di banyak kawasan, terutama di kawasan rendah dan padat penduduk. Kesan daripada banjir bukan sa...
    2 minggu yang lalu
  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    8 bulan yang lalu
  • Macam Dulu - 12 Februari 2020 Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan t...
    4 tahun yang lalu
  • BAS dan BAS - *UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI* *Tambah* mana yang kurang, *ambil* mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaup...
    5 tahun yang lalu
  • CABUT GIGI GERAHAM DAN DRY SOCKET.. - Assalammualaikum.. Serius tak sedar dah dua bulan aku tak update apa-apa..baru cadang nak rajin blogging tahun ni..lupa dowh nak bukak blog bila dah akti...
    5 tahun yang lalu
  • KEMBARA - Kita Tiada - Tiapa apa. Aku jadi ingat. Duka itu ubati lupa. Sangka baik. Percaturannya Dia itu hebat. Indah dan tepat. Hanya Dia saja yang ada....
    7 tahun yang lalu
  • Dua Ringgit Jer Untuk Hari Raya? KEDEKUT! - *Kanak-Kanak yang masih kecil * : *Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm* *Orang Dewasa Yang Sangat Dewasa * : *Walaalaikumsalam. Wah ramainy...
    8 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendid...
    9 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    11 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    12 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu