Rabu, 8 Ogos 2012

Kepala Beranakkan Lalat


credit to: ckyn151.blogspot.com



Pernahkah anda mendengar kosa kata Kepala Beranakkan Lalat? Hari ini, dengan segala hormatnya, HAdira Kifly ingin memaklumkan bahawa satu simpulan bahasa baru telah ditemui. Simpulan bahasa tersebut adalah Kepala Beranakkan Lalat. Simpulan Bahasa ini diambil dan diolah daripada simpulan bahasa "Pening-pening lalat". Harap Maklum. 


Lima hari aku berdamping di sisi cik puan, ananda kesayangan dan encik dreba terchenta. Kerana kesuntukan masa yang kian menjerut ditambah keadaan persekitaran yang membelenggu jiwa-jiwa bahagia, aku dan encik dreba tiba semula di kota mentega lewat petang semalam dari dataran gula terap. Demi keselamatan aku, encik dreba melarang aku untuk terus pulang ke ibu kota kerana cukup yakin akan tiba di sana melepasi waktu tengah malam. 


credit to: encik dreba's facebook :) 


Lalu, aku dibawa semula mengembara separa perjalanan merentasi suka duka kehidupan naik ke utara semenanjung semula melalui laluan lama. Persinggahan di beberapa kawasan menarik membuat aku terleka dengan keindahan dunia. Syukur, pelangi itu masih milik kita. Tepat jam sepuluh malam, kami tiba di Sahab Perdana dan langsung membeli tiket pada lewat tengah malam yang sama selepas berkira-kira aku akan tiba di ibu kota seawal pagi usai subuh hari. 


Ketiduran sepanjang perjalanan membelah malam adalah perkara biasa bagi aku. Jika menemani encik dreba merentas perjalanan, aku juga dikehendaki tidur-tiduran daripada tersengguk-sengguk menemani encik dreba. Katanya, dia risau melihat aku begitu dan lebih senang hatinya bila aku tidur-tiduran saat dia meneruskan perjalanan yang panjang. Lagi, dia juga sudah biasa tidak berteman ketika memandu. Almaklumlah, hampir dua puluh tahun menyandang gelaran encik dreba. ^_*


credit to: sejenakdiperjalananku.blogspot.com

Ketiduran dalam keadaan separa duduk di dalam bas tidak sama dengan ketiduran di atas tilam di ruang kabin kenderaan berat yang dipandu encik dreba. Ketiduran di atas tilam itu lebih mendamaikan dan ketiduran di dalam bas membuat lalat mula beranak menjadi banyak di atas kepalaku. Tepat jam enam setengah pagi, aku tiba dengan selamatnya di hadapan pintu pagar asrama. Alhamdulillah, selesai membersihkan diri dan menyimpan barang-barang peribadi diri seawal jam tujuh pagi. 


Kepala direbahkan ke atas tilam dengan rambut yang dibiarkan separa basah dan tidak disisir rapi (atas saranan encik dreba ketika lalat sudah mula lahir dari ruang-ruang kepala aku) hingga jam sepuluh pagi. Sesedarnya diri terus mempersiapkan diri menghadiri kuliah hingga dini hari. Lalu aku menerima kesan yang bertambah teruk apabila terpaksa berjalan di tengah-tengah bahang kepanasan tanpa berpayung untuk pulang ke asrama daripada kolej. Maka, semakin beranak-pinaklah lalat-lalat parasit di ubun-ubun kepala aku. 


Mata langsung terpejam lena saat kepala direbahkan bila tiba di dalam bilik asrama. Hampir empat jam kemudian, hidungku pula mula melahirkan air-air hujan yang mencurah-curah turun ke ladang gandum di lembah beringin. Boleh jadi aku juga terjangkit penyakit demam rindu encik dreba yang sudah seminggu tidak surut-surut. Berharap anak-anak lalat dan air-air hujan yang lahir ini akan segera pergi jauh dari diri. 


p/s: aku tahu lalat bertelur, tapi bila dia lahir dari dalam tubuh aku, saja aku nak kasi metafora beranak. ekekekekekeke :p



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Banjir: Punca dan Cara Mengelakkan - Banjir adalah salah satu bencana alam yang kerap melanda di banyak kawasan, terutama di kawasan rendah dan padat penduduk. Kesan daripada banjir bukan sa...
    2 minggu yang lalu
  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    8 bulan yang lalu
  • Macam Dulu - 12 Februari 2020 Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan t...
    4 tahun yang lalu
  • BAS dan BAS - *UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI* *Tambah* mana yang kurang, *ambil* mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaup...
    5 tahun yang lalu
  • CABUT GIGI GERAHAM DAN DRY SOCKET.. - Assalammualaikum.. Serius tak sedar dah dua bulan aku tak update apa-apa..baru cadang nak rajin blogging tahun ni..lupa dowh nak bukak blog bila dah akti...
    5 tahun yang lalu
  • KEMBARA - Kita Tiada - Tiapa apa. Aku jadi ingat. Duka itu ubati lupa. Sangka baik. Percaturannya Dia itu hebat. Indah dan tepat. Hanya Dia saja yang ada....
    7 tahun yang lalu
  • Dua Ringgit Jer Untuk Hari Raya? KEDEKUT! - *Kanak-Kanak yang masih kecil * : *Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm* *Orang Dewasa Yang Sangat Dewasa * : *Walaalaikumsalam. Wah ramainy...
    8 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendid...
    9 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    11 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    12 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu