Kali ni aku menolak untuk meletakkan lagu raya di dalam blog ni. Rasa macam alergik dan penuh kesensitifan pulak bila lagu itu diputarkan di corong-corong telinga. Almaklumlah, bila ada dua kampung macam sekarang ni, aku tersangatlah berkobar-kobar nak balik kampung. Lagi-lagi bila tahun ni adalah tahun pertama nyai aku menetap sepenuhnya beraya di rumah aku. Memang meriahlah rumah aku tahun ni. wuhhhuuuuu
Dan jalur-jalur kenangan di pancuran kasih yang melimpah ruah ke banjaran setia sedari musim-musim berlalu masih segar dalam kotak ingatanku. Aliran sayang yang kau sandarkan tetap subur di daerah cinta yang terbina untukku. Terima kasih kerana membenihkan anak-anak pelangi untuk aku lahirkan di sudut-sudut sirah yang terbina di antara kita.
Jadi, mari sama-sama berhibur dengar lagu ni sementara menanti waktu pulang berhari-raya di kampung. lalala lalalalalalala... Jangan lupa senyum selepas melihat vedio ini. :)