Khamis, 16 Ogos 2012

Bila Tiba Hari Raya





Bila tiba hari raa, of course semua orang nak bergembira. Tak ada orang yang nak sedih-sedih bila hari raya. Tapi rasa syahdu tetap ada saat sesi bermaaf-maafan bersama ahli keluarga sedang berlangsung. Dan rasa syahdu bagi mereka yang sudah kehilangan bonda dan ayahanda tercenta itu memang ketara. Maka akan terbitlah kata-kata, "Raya tahun ni tak rasa sangat," dan yang seumpama dengannya... 


Setelah sepuluh tahun berlalu, Syawal kali ini adalah Syawal pertama kami sekeluarga beraya dengan kehadiran Nenda di rumah kami. Cuma bezanya, dulu Almarhum Embah Mukiban yang mengetuai hari raya, dan sekarang, Nyai yang menhetuai hari raya. Nyai memang duduk dengan kami sejak Nyai kena angin ahmar dua bulan lepas. Bila Nyai dah request nak duduk rumah aku atas jagaan mak, siapa pun dah tak boleh nak membantah kata dah. Dan memandangkan aku belum balik berpuasa di kampung sejak mula Ramadhan, maka sejak isnin petang lepas, aku dah menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di sini. Best woooo puasa dekat rumah.... 


Bila tiba raya je, mak memang tak pernah miss buat kuih raya sendiri...sejak berzaman lagi. Jadi, bila dah berhenti kerja ni, memang banyak masa yang mak ada nak buat kuih raya. Selasa pagi lepas, kami buat kuih goyang atau kuih Pulau Pinang atau kuih Ros sebanyak satu tim minyak masak sepuluh kilo yang juga bersamaan dengan satu tim biskut. Sangat lepak aku menggoyang biskut goyang tersebut. 


Separuh hari ni, siap dah buat biskut mazola guna sekilo kacang.. Tahun ni sejenis mazola je. Tak ada mazola kacang hijau, dan kacang-kacang yang lain macam tahun-tahun sudah. Lepas tu, terus sambung buat biskut dahlia. Biskut ni guna sebuku buttercup je. Cukup lah tu. Itu pun, mak masih request supaya aku buat kek *hantaran untuk raya ni. Adeh, dah lama tak buat. Lupa dah resepi.. Tapi, bahan-bahan mak dah beli.. aiyoyoyoyo...


Bila dikira-kira tadi, tahun ni saja dah ada 13 jenis biskut dan kerepek untuk hari raya iaitu tart gulung, biskut goyang, rempeyek, biskut suji, biskut dahlia, biskut mazola, popia udang, popia susu, kerepek pisang tanduk, kerepek pisang nipah, kerepek pisang kepok, kerepek ubi sira dan kuih siput. Itu pun mak kata weekend nanti aku kena buat lagi Cornflakes dengan adik kesembilan abah sebab abah, adik kelapan abah, dan yang pandai menganyam ketupart amik part menganyam ketupat. Perggghhh, dah macam nak buat kenduri kahwin je gayenye.. huhuhu =_='


Bila tiba hari raya nanti, mak awal-awal dah cakap, raya nanti mak tak beraya macam tahun-tahun sudah sebab tahun ni kami jadi tuan rumah. Mak minta kami adik-beradik yang pergi pusing beraya serata negeri. Aku cadang nak buat record terbaru dengan abang aku, habiskan semua rumah sedara seperjalanan dalam satu hari -hari raya pertama- ada lah jugak dalam 15-20 buah rumah yang perlu dihabiskan... kalau hari raya pertama tak sempat habiskan, nanti raya kedua atau raya ketiga, kami perlu berulang ke sana semula. PEnat dah pulak nak patah balik... 


Raya kedua dan ketiga nanti, pada sebelah siang, aku adik-beradik kena turut serta marhaban orang kampung. well said, orang Johor memang meriah dengan marhaban hari raya. Dan aku dapat jangka, tahun ni aku masih lagi dapat tender paksa rela mengetuai bacaan doa sepanjang marhaban. Sebab utamanya, bacaan yang aku bawa laju dan bersemangat macam kereta api tak nak berhenti dan bacaan orang lain dengan kelajuan siput sedut. errr??? 


Bila tiba hari raya, biasanya mak tak masak banyak sangat lauk pauk selepas Almarhum Embah Mukiban meninggal dunia. Tapi raya kali ni, mak dah membelanjakan tiga kali ganda wang simpanan semata-mata nak menyambut hari raya bersama nyai. Ye lah, takkan semua nak minta nyai yang support. Daging ayam semua mak yang kena belanja. Kuih raya ke apa semua, mak jugak. Tapi, Alhamdulillah la... Adik beradik abah yang sugih-sugih tu masih tahu nak menghulur barang-barang dapur untuk raya nanti. Kalau nak mengharapkan Mak dan abah sorang hidang untuk dua belas adik beradik, aku rasa memang ada yang akan kata tak kenyang, tak cukup makan... huhuhu... Maaflah, kami ni bukan orang kaya, so kalau tak nak banyak soal, pandai-pandai la hulur sedikit sebanyak. kan? huhu


Bila tiba hari raya... berapa banyak hari raya lagi dah... Cukup-cukup lah ni dulu. Nanti-nanti sambung lagi. Dah penat dah membebel. Nak get ready untuk benda lain pulak. 

So, Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan-rakan bloggers yang setia mengunjungi blog ini. 



Jika langkahku membekas lara
kataku merangkai dusta
lakuku menoreh luka
hadirku menerbit hiba
degup nafasku menghitung sengsara
Kumohon seribu kemaafan
Tulus iklas dari kejauhan.

HAdira Kifly
Hati Bidadari
Batu Pahat
26 Ramadhan 1433.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Banjir: Punca dan Cara Mengelakkan - Banjir adalah salah satu bencana alam yang kerap melanda di banyak kawasan, terutama di kawasan rendah dan padat penduduk. Kesan daripada banjir bukan sa...
    2 minggu yang lalu
  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    8 bulan yang lalu
  • Macam Dulu - 12 Februari 2020 Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan t...
    4 tahun yang lalu
  • BAS dan BAS - *UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI* *Tambah* mana yang kurang, *ambil* mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaup...
    5 tahun yang lalu
  • CABUT GIGI GERAHAM DAN DRY SOCKET.. - Assalammualaikum.. Serius tak sedar dah dua bulan aku tak update apa-apa..baru cadang nak rajin blogging tahun ni..lupa dowh nak bukak blog bila dah akti...
    5 tahun yang lalu
  • KEMBARA - Kita Tiada - Tiapa apa. Aku jadi ingat. Duka itu ubati lupa. Sangka baik. Percaturannya Dia itu hebat. Indah dan tepat. Hanya Dia saja yang ada....
    7 tahun yang lalu
  • Dua Ringgit Jer Untuk Hari Raya? KEDEKUT! - *Kanak-Kanak yang masih kecil * : *Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm* *Orang Dewasa Yang Sangat Dewasa * : *Walaalaikumsalam. Wah ramainy...
    8 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendid...
    9 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    11 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    12 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu