Aku dah sampai kat hostel..!!!
wee,woo,wee,woo.... ehehehe..
Seronoknya bila balik dari kampung.. Macam-macam aku buat.. Sampai rumah je, mengadu kat mak sebab lapar. Mak cakap,
"Dah, cepat gi makan. Mak nak ke rumah nyai jap lagi.
Nak singgah rumah Mak Long dengan rumah Kak Jot. Anak Kak Jot excident hari tu."
Aku terus cakap nak ikut. Ape lagi, makan la apa yang mak masak. phew, mak buat ayam kampung masak ungkep la siot!!! Fulamak!!! aku tabik spring laa... favorite aku tu.. hehe.. tapi sorry la.. tak menyempat nak ambil gambar nak tunjuk kat dunia semua..
Masa nak ke rumah Mak Long, teringat nak beli pisang salai. Terus ajak mak singgah rumah mak cik nak beli pisang salai. hehe.. Kalau kerja merayap, bagi lah kat aku. Cepat je kaki ni melangkah. hehe.. Pernah tak makan pisang salai? Agak-agak kenal tak pisang salai macam mana? Meh jom aku kenalkan.
Lepas berborak-borak dengan mak cik aku, aku dan mak terus ke rumah Kak Jot. Kat rumah dia aku sempat ambil gambar angsa je. hehehe.. Nak ambil gambar anak sedara aku yang accident tu tak boleh sebab dia malu-malu kucing. Nak ambil gambar tempat dia lagi lah tak boleh, sebab luka kat bahagian dada ke perut. Luka dalam kan, hati dia hancur sikit. tu yang kena jahit semula.. Seram pulak aku bila menengoknya.. phew..
Lepas tu aku terus ke rumah Mak Long. Rumah Mak Long tak jauh dengan rumah Kak Jot. Dalam ruang legar yang sama jugak dalam satu lorong.. Mak aku kalau dah dekat rumah mak long, mahu dua tiga jam tak habis berbual. Aku pun ambil la kesempatan. Apa lagi, aku keluar jap ke C.D West. haa... kat mana tu..?
Nak dijadikan cerita, dulu aku selalu sangat ke sini waktu aku nak kan ketenangan yang aku tak boleh dapat walau kat rumah sekali pun. Hmm, cerita lama. Sampai tempat tu aku bagi nama 'Sky of Heaven'. Sebab tempat tu kat atas tali air. hehe..
Sorry, tak banyak gambar aku boleh ambil sebab mak dah call suruh balik. Nak kena ke rumah nyai pulak. hehe.. Tapi kat rumah nyai, aku tak ada nak ambil gambar ke apa. Rindu sangat kat nyai aku yang sorang ni. Eh, lupa pulak. Nyai tu nenek aku. kami memang panggil Nyai untuk nenek. Arwah atuk dulu pun kami panggil Yai.
Okey lah, nanti-nanti aku update lagi ye.. Nak out dulu. Nak makan burger Ramly jap. tata.. ;)