:) Senyum. heehe. Kali ni, aku nak cerita pasal Hari Bahasa yang Kelab Bahasa Kolej aku anjurkan pada 18 Mac 2011 yang lalu. (gelak lah tengok berapa kuno nya cerita aku ni.. hehe)
Aku diberitahu, ada beberapa pertandingan diadakan sempena hari bahasa ni. Pertandingan syair, deklamasi sajak, pidato dan pertandingan mempromosi kelab bahasa oleh pelajar Pengajian Am telah diadakan. Sebenarnya aku tak berapa nak sihat hari tu. Memandangkan majlis pun berlangsung pada hari jumaat, jadi aku buat keputusan untuk ke kolej agak lambat. Sampai kat Kolej je, aku terus ke blok di mana Majlis berlangsung. Masuk-masuk je, pertandingan pidato dah habis. Aku sempat tengok pertandingan syair dan sajak je.
Pameran untuk mempromosi kelab Bahasa tu pun nampak menarik. Cuma aku yang tak berkesempatan nak singgah awal. Bukan apa, aku ada kelas. Ingat nak tengok pameran lepas habis kelas, tapi rupanya pameran tu berlangsung dalam masa sejam saja , dari pukul 10.30 hingga 11.30. Waktu aku lalu kat pameran tu, aku bergegas nak ke kelas. Tu yang terlepas. Tapi sempat juga aku ambil sekeping dua gambar dari tingkat atas. hee..
|
Barisan pengadil, warga Kelab Bahasa dan peserta wanita |
|
Barisan Peserta Pidato Lelaki |
|
Banting Hari Bahasa |
|
Para Juri dan Penasihat Kelab Bahasa |
|
Barisan Hakim yang adil lagi bijaksana |
|
Pameran Hari Bahasa |
Rasanya, cukup sekadar itu. Lain-lain cerita, kita buka entri baru ye? tata.. :)