Ahad, 3 April 2011

Majlis Perwakilan Pelajar Tak Jalankan Tanggungjawab!

Baru-baru ni, masa aku tengah bercuti di rumah keluarga aku, aku dapat panggilan daripada pihak kolej. Mereka tawarkan pada aku untuk ikut serta dalam lawatan ke sebuah kolej yang sedang menganjurkan program Citrawarna. Aku tertarik nak turut serta sebab ada Pementasan Teater Mak Yong dekat sana. Tanpa berlengah, aku terus setuju nak ikut program tu. 
Pementasan Teater Mak Yong


Aku bagi tahu kat family aku yang aku nak balik ke kolej petang tu juga sebab esoknya, awal-awal pagi lagi, kami dah nak bertolak ke kolej tu. Family aku tak bagi aku balik sendiri sebab mereka nak hantar aku balik asrama. Aku ikut je. 

Esok paginya, aku bersiap awal sebab aku diberitahu yang kami perlu berkumpul di lobi hostel seawal 8 pagi. Tapi, sampai pukul 9 pagi, satu bas pun tak sampai lagi. Lepas tu, ada berapa kerat manusia je yang ada kat situ termasuk senior aku yang call aku semalamnya, member kepada senior aku yang juga seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar (Mat), aku, Ain, dan beberapa budak-budak junior.  Aku dengan Ain yang bosan menunggu. 

Tak lama kemudian, Mat call ketua dia nak tanya kenapa bas tak sampai lagi. Dengan slumber, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar tu cakap,
"Aku tengah tidur lah Mat. Kenapa?" Presiden Majlis Perwakilan Pelajar.

"Tidur? Habis Citrawarna macam mana?" Mat.

"Alamak, Mat! Aku lupa nak bagi tahu kau lah. Kolej **** tak jadi jemput kita hari ni. Ada masalah transportation. Sorry lah."  Presiden Majlis Perwakilan Pelajar.


Ini ke cara Presiden Majlis Perwakilan Pelajar bekerja? Masalah dah tahu sejak pukul 12.30 tengah malam tu, tapi kumpulan kami yang berada di bawah senior aku ni langsung tak tahu. Kumpulan yang satu lagi, yang sepatutnya turut serta dalam lawatan ni boleh pula diberitahu awal. Aku angin satu badan hari tu. 



Memang patut pun kalau aku marah! Aku rushing balik dari rumah keluarga aku semata-mata nak ikut rombongan tu. Kalau tak jadi, bagi tahu lah kalau tak jadi. Aku tak kesah kalau tak jadi. Boleh juga aku sambung tidur lepas Subuh. Dah lah aku ni tak berapa nak cukup tidur sejak dua menjak ni. Buat aku sakit hati je dia tu. 

Lepas bagi tahu kat beberapa orang junior  yang bercadang nak turut serta, aku, Ain, Mat dan senior aku buat keputusan nak pergi sendiri ke sana naik train guna duit sendiri. Kami buat keputusan ni sebab kami tak nak burukkan nama baik Kolej. Sebab, tujuan asal kami nak ke sana adalah nak menyertai beberapa buah pertandingan yang diadakan. Satu kumpulan dah pergi ke sana sehari sebelumnya sebab kena buat persiapan yang menyeluruh tentang persembahan Zapin dan Tarian Satu Malaysia. 




Dengan hati yang membuku, aku dan yang lain gagahkan juga diri untuk ke sana. Kami ke sana bukan setakat nak menyertai pertandingan yang dianjurkan, tapi nak memberi semangat kepada rakan kami yang dah sehari berada kat kolej tu.

Aku semakin pelik dengan perangai Presiden Majlis Perwakilan Pelajar ni. Minggu lepas, semasa berlangsungnya Majlis Dekan yang jatuh pada waktu yang sama berlangsungnya Temasya Sukan, sepanjang hari tak ada seorang anggota Majlis Perwakilan Pelajar pun yang turun padang. Aku diberitahu, Majlis Perwakilan Pelajar dah dibahagikan kepada dua kumpulan untuk menguruskan kedua-dua program ni. Tapi, kenapa semua yang ditugaskan ke Temasya Sukan tu mengada-ngada nak ke Majlis Dekan walaupun tak terlibat pun kat sana. Dapat anugerah pun tidak. Saja je nak dapat nama sebab pergi ke sana.

Kali ni, mereka buat kami macam ni pulak. Lepas ni apa lagi yang Majlis Perwakilan Pelajar nak buat? Di mana tanggungjawab Majlis Perwakilan Pelajar sebagai seorang wakil pelajar? Kenapa Majlis Perwakilan Pelajar Kolej bergerak dan maju perlahan perlahan? Apa masalah Majlis Perwakilan Pelajar yang sebenarnya? 

Kalau Presiden Majlis Perwakilan Pelajar tak bertanggungjawab dalam menjalankan amanah yang diberi, baik tak payah jadi Majlis Perwakilan Pelajar! Entah macam mana dia orang boleh pilih dia sebagai Presiden?  Orang yang tak menjalankan amanah, baik turun ke tanah! THE END.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    Seminggu yang lalu
  • TERPALING CAMPERS - OUTDOOR - Assalammualaikum wbt. So macam tajuk di atas, la ni aku rasa nak kongsi lah sikit benda apa yang paling rancak sekarang dalam hidup aku.. yup, camping la...
    5 bulan yang lalu
  • Tularnya kisah motor Abang Rider disita - Saya turut bersimpati dengan rider Food Panda yang mengalami masalah baru-baru ini kerana motorsikalnya disita oleh pihak berkuasa. Belas ihsan adalah s...
    7 bulan yang lalu
  • Lara Hati - Hujan sepanjang hari ini, dingin sedingin hati. Jauh aku merenung tiap titis air hujan yang turun masihkah ada rindu? Aku sengaja membiarkan Tangan aku bas...
    2 tahun yang lalu
  • 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐍𝐃𝐔 𝐁𝐀𝐒 - Bas yang di dalam cerita ini Lingkungan awal 90an, selepas beberapa waktu abang zul bekerja sebagai pemandu lori yang bermula dari lori 1 tan, kemudian 3...
    3 tahun yang lalu
  • HARMONI yang HILANG - Semalam aku ke kedai ubat Cina membeli sesuatu. Aku cakap MAAF sebab ganggu dia sedang makan. Dia balas MAAF sebab aku nampak dia sedang nikmati makanan se...
    4 tahun yang lalu
  • Kembali - Assalamualaikum wbt. Gementar nak menulis semula. Terlalu lama berhibernasi barangkali. Jika ada yang merindu tulisku, coretku dan anganku. Insha Allah akan...
    5 tahun yang lalu
  • Tips Kurus Dalam Masa 3 Hari - So this really can make everyone get excited sebab nak kurus. I mean for a GIRL Laki macam tak beberapa kisah sangat dengan badan naik kot sebab Anwar tak...
    7 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    8 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    10 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    11 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu