Khamis, 19 Julai 2012

Dia Adalah...siapa?

Credit to: exhint.wordpress.com




*perempuan yang banyak bercakap dan yang banyak ketawa, adalah perempuan yang pendiam bila ada masalah. Dan banyak menangis dalam diam.... -Ustaz Azhar Idrus, UAI-*




Awan mendung kian berarak menunjukkan hujan akan turun sebentar lagi. Niat hati ingin membeli jem strawberi dari kedai runcit berhampiran. Kaki dihayun melangkah dengan cermat sepantas kilat. Sebaik menghampiri kedai mamak, diri memasuki ruang kedai dan memesan makanan dan minuman untuk diri. Kepala ditoleh ke arah masjid di kanan kedai. Kelihatan gerimis sudah membasahi bumi. makanan yang dipesan minta dibungkuskan dan kaki segera melangkah ke kedai runcit berhampiran. Dan hujan lebatpun berguguran membasahi pakaian.


Tangan mengambil sebotol jem strawberi dan sebotol jem coklat kacang selepas membelek tarikh tamat tempoh. Diri segera menuju ke kaunter melunaskan pembayaran. Saat mata memandang botol buih sabun, tangan segera mencapainya. Rindu saat-saat masih kecil waktu bermain buih sabun di dalam hujan.


Kaki segera masuk ke kedai mamak disebelah dan membuat pembayaran. Dalam hujan, aku berlari pulang ke asrama. Dalam lima minit, aku sudah tiba di hadapan pintu bilik dalam kebasahan. Beg sandang diletak di atas meja Jepun di atas katil dan diri terus dibersihkan dengan sejuk air membeku. 


credit to: happymoment.wordpress.com


Saat diri duhurung rindu pada kenangan-kenangan yang brlalu, rindu telah berhenti menyebarkan hujannya. Buih-buih sabun tetap ditiup melepaskan rindu pada dia dan seluruh kenangan yang berlalu. Panggilan ke sana dunia segera dibuat ingin mengkhabarkan rasa bahagia bermain buih-buih rindu. Hingga akhir talian, panggilan tidak berjawab. Diri terus meniup buih-buih sabun dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.


Usai senja hilang dalam gelita malam, tubuh langsung berdansa diperbaringan. Internet dipasang dan nota buku dibuka. Laman mukabuku dibuka dan tangan pantas menekan huruf-huruf di papan kekunci. Irama pena terus berdansa riang tawa. 


Panggilan ke sana dunia dibuat sekali lagi. Talian masih gagal disambung. Tangan menekan tetikus di sisi nota buku. Membuka satu demi satu milik dia dan memohon agar dia selamat di sana. Sungguh, aku terlalu rindu. Terlalu banyak kisah yang ingin dikongsi hari ini. Terlalu banyak irama yang ingin dilagukan dalam arena kasih. 
terlalu banyak terlalu yang tidak mampu aku katakan di sini....


Jam sembilan tiga puluh enam tadi, panggilan ke sana dunia dibuat sekali lagi. Suara si kecil menyambut dengan riang. Perbualan ceria disambut hilai tawa. Sungguh, rinduku pada si anak teruna terubat jua. Bertukar pula pada si ayah. Kasih dihantar pembuka bicara. Rindu dikirim dalam nafas tanpa suara. Salam kasih Ramadhan dihulur saat dia memohon untuk mengundur diri diberi ruang dan waktu. Api bahasa terlontar membalas salam rindu yang dikirim, mematikan selaut rindu yang bertukar beku dengan tiba-tiba... 



API RINDU

Mudah sungguh kau bakar rindu
dengan api bahasamu
menegah kata-kataku
menolak panggilanku
menitiskan buih pilu
di bawah payung biru
yang dipegang aku

saat salam Ramadhan itu aku tuju...


HAdira Kifly 
Puisi Sang Perindu
Bandar Baru Bangi
19072012 , 20:06




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Banjir: Punca dan Cara Mengelakkan - Banjir adalah salah satu bencana alam yang kerap melanda di banyak kawasan, terutama di kawasan rendah dan padat penduduk. Kesan daripada banjir bukan sa...
    2 minggu yang lalu
  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    8 bulan yang lalu
  • Macam Dulu - 12 Februari 2020 Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan t...
    4 tahun yang lalu
  • BAS dan BAS - *UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI* *Tambah* mana yang kurang, *ambil* mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaup...
    5 tahun yang lalu
  • CABUT GIGI GERAHAM DAN DRY SOCKET.. - Assalammualaikum.. Serius tak sedar dah dua bulan aku tak update apa-apa..baru cadang nak rajin blogging tahun ni..lupa dowh nak bukak blog bila dah akti...
    5 tahun yang lalu
  • KEMBARA - Kita Tiada - Tiapa apa. Aku jadi ingat. Duka itu ubati lupa. Sangka baik. Percaturannya Dia itu hebat. Indah dan tepat. Hanya Dia saja yang ada....
    7 tahun yang lalu
  • Dua Ringgit Jer Untuk Hari Raya? KEDEKUT! - *Kanak-Kanak yang masih kecil * : *Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm* *Orang Dewasa Yang Sangat Dewasa * : *Walaalaikumsalam. Wah ramainy...
    8 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendid...
    9 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    11 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    12 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu