Khamis, 19 Julai 2012

Dia Adalah...siapa?

Credit to: exhint.wordpress.com




*perempuan yang banyak bercakap dan yang banyak ketawa, adalah perempuan yang pendiam bila ada masalah. Dan banyak menangis dalam diam.... -Ustaz Azhar Idrus, UAI-*




Awan mendung kian berarak menunjukkan hujan akan turun sebentar lagi. Niat hati ingin membeli jem strawberi dari kedai runcit berhampiran. Kaki dihayun melangkah dengan cermat sepantas kilat. Sebaik menghampiri kedai mamak, diri memasuki ruang kedai dan memesan makanan dan minuman untuk diri. Kepala ditoleh ke arah masjid di kanan kedai. Kelihatan gerimis sudah membasahi bumi. makanan yang dipesan minta dibungkuskan dan kaki segera melangkah ke kedai runcit berhampiran. Dan hujan lebatpun berguguran membasahi pakaian.


Tangan mengambil sebotol jem strawberi dan sebotol jem coklat kacang selepas membelek tarikh tamat tempoh. Diri segera menuju ke kaunter melunaskan pembayaran. Saat mata memandang botol buih sabun, tangan segera mencapainya. Rindu saat-saat masih kecil waktu bermain buih sabun di dalam hujan.


Kaki segera masuk ke kedai mamak disebelah dan membuat pembayaran. Dalam hujan, aku berlari pulang ke asrama. Dalam lima minit, aku sudah tiba di hadapan pintu bilik dalam kebasahan. Beg sandang diletak di atas meja Jepun di atas katil dan diri terus dibersihkan dengan sejuk air membeku. 


credit to: happymoment.wordpress.com


Saat diri duhurung rindu pada kenangan-kenangan yang brlalu, rindu telah berhenti menyebarkan hujannya. Buih-buih sabun tetap ditiup melepaskan rindu pada dia dan seluruh kenangan yang berlalu. Panggilan ke sana dunia segera dibuat ingin mengkhabarkan rasa bahagia bermain buih-buih rindu. Hingga akhir talian, panggilan tidak berjawab. Diri terus meniup buih-buih sabun dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.


Usai senja hilang dalam gelita malam, tubuh langsung berdansa diperbaringan. Internet dipasang dan nota buku dibuka. Laman mukabuku dibuka dan tangan pantas menekan huruf-huruf di papan kekunci. Irama pena terus berdansa riang tawa. 


Panggilan ke sana dunia dibuat sekali lagi. Talian masih gagal disambung. Tangan menekan tetikus di sisi nota buku. Membuka satu demi satu milik dia dan memohon agar dia selamat di sana. Sungguh, aku terlalu rindu. Terlalu banyak kisah yang ingin dikongsi hari ini. Terlalu banyak irama yang ingin dilagukan dalam arena kasih. 
terlalu banyak terlalu yang tidak mampu aku katakan di sini....


Jam sembilan tiga puluh enam tadi, panggilan ke sana dunia dibuat sekali lagi. Suara si kecil menyambut dengan riang. Perbualan ceria disambut hilai tawa. Sungguh, rinduku pada si anak teruna terubat jua. Bertukar pula pada si ayah. Kasih dihantar pembuka bicara. Rindu dikirim dalam nafas tanpa suara. Salam kasih Ramadhan dihulur saat dia memohon untuk mengundur diri diberi ruang dan waktu. Api bahasa terlontar membalas salam rindu yang dikirim, mematikan selaut rindu yang bertukar beku dengan tiba-tiba... 



API RINDU

Mudah sungguh kau bakar rindu
dengan api bahasamu
menegah kata-kataku
menolak panggilanku
menitiskan buih pilu
di bawah payung biru
yang dipegang aku

saat salam Ramadhan itu aku tuju...


HAdira Kifly 
Puisi Sang Perindu
Bandar Baru Bangi
19072012 , 20:06




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Seloka Selamat Malam... - Dodol durian kuih bahulu, Enak dimakan diwaktu petang, Kerja kuat berganding bahu, Dari pagi membawa ke petang... Penat berkerja di siang hari, Sampai malam...
    Seminggu yang lalu
  • membeli masa - Sesibuk mana pun bekerja. Sepenat mana pun rasa bila balik keje. Masa dengan anak nak tak nak kena diluangkan. Makanya, bersilalah si ayah atas lantai mel...
    3 minggu yang lalu
  • Bolehkah Kad Pengenalan Kita Di simpan Oleh Pengawal Keselamatan? - *Salam Hormat.* Ketahui Hak anda sebagai Rakyat Malaysia. Dalam tugasan kita selaku Pemandu *LORI *acapkali akan memasuki kawasan industri atau premis yang...
    2 bulan yang lalu
  • Timbang - Dalam apa jua keadaan, timbang rasa & timbang tara itu penting. Paling tidak, carilah sedikit kebaikan dengan kehadiran situasi itu sendiri. • Mungkin Allaa...
    3 bulan yang lalu
  • BERHENTI MEROKOK VOL 3.0 - salam Harini aku nak share satu cerita..ikutkan nak lukis je senang sikit sebab ramai orang tak suka membaca,tapi lukis pelan aku tau la..lukis cerita tak...
    7 bulan yang lalu
  • Bangkit - Sesudah melalui banyak kesakitan dalam perjalanan hidup perniagaan yang jatuh satu persatu.Aku cuba bangkit kembali bersama kekuatan dan semangat baru...
    7 bulan yang lalu
  • 2016-01 - Aku tengah desperate nak coffee. Dah lama tak masuk sini. Bertahun lupa macam mana nak log in. Harini cuba nasib log in. Pufff. Berjaya. Ber.ja.ya.
    10 bulan yang lalu
  • Tips Kurus Dalam Masa 3 Hari - So this really can make everyone get excited sebab nak kurus. I mean for a GIRL Laki macam tak beberapa kisah sangat dengan badan naik kot sebab Anwar tak ...
    Setahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    Setahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    Setahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendidi...
    2 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap hu...
    3 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    5 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    6 tahun yang lalu