Ahad, 22 Julai 2012

Godaan Semasa ke Bazar Ramadhan


credit to: mynewsstory.net





Godaan Semasa ke Bazar Ramadhan:

1. Terhidang makanan yang sedap-sedap yang boleh melunturkan iman. Nafsu nak beli makanan tu naik secara tiba-tiba... segala murtabak, karipap, kek warna-warni, lengkong laici, lengkong buah naga, putu mayam, apam balik, nasi lemak, nasi ayam, rangka, etc...semua sauk beli untuk makan waktu buka puasa.. (padahal...yang makan cuma seorang / dua orang..)


2. Yang lelaki tergoda apabila ternampak wanita yang cun melecun, yang mata sepet, yang pakai baju ikut body, yang pakai baju jarang.... Manakala yang wanita mudah tergoda apabila ternampak steward hidung mancung, putih melepak, mata sepet, kaki galah, leher jinjang, rambut mencacak tengah bershopping beli makanan nak berbuka puasa.. Memanglah orang kata sekali pandang tak apa, tapi kalau orang tu jalan kat depan kamu cukup rapat, dan kamu berjalan di belakangnya yang sedang berjalan dengan kelajuan 100m/j, yang sekali tu pun dah boleh jadi berkali-kali... Yang kata tak apa tu pun, dah boleh jatuh hukum......hukum apa ye ? lu fikir la sendiri... 

3. Ternampak ada penjaja sedang menjual tudung, baju, kasut boot, kaca mata, cadar, jeans murah dan lawa-lawa... Bukan setakat wanita, yang lelaki pun tak kurang mata keranjang nak membeli-belah di bazar Ramadhan. Kononnya nak beli untuk hari raya.. Tapi kalau membeli dari satu Ramadhan hingga ke malam raya, sehari sehelai, tu dah nama membazir dah tu... Beli untuk keperluan, bukan kehendak.. Fikirlah masa depan, sebelum kepala anda botak di hadapan. errkkk ??

4. Membeli mercun dan bunga api daripada para penjaja. Selalunya mercun ni dijual apabila dah nak dekat hari raya. Tapi, di sesebahagian kawasan, sudah ada menjual mercun secara terbuka di bazar-bazar Ramadhan. Kalau setakat nak main bunga api untuk merasa, rasanya asih boleh diterima. Tapi, kalau dah beli mercun sampai berkati-kati, nak buat main dari seminggu nak raya sampai hari raya yang ke tujuh, tak ke itu dikira membazir? Bukan ke sama je kalau kita bakar duit ? err.... ?

5. Bila dah terlalu ramai orang yang nak membeli makanan juadah berbuka puasa, mesti bazar Ramadhan tu sesak-sesesak-sesaknya... kan? Bila dah sesak, mesti pergerakan orang yang ada di sana juga cukup perlahan. Bila dah berjalan cukup perlahan, kompom masa yang diambil terlalu lama. Aku cukup lemah kalau kena kat situasi macam ni. Tahu kenapa? bagi aku yang jenis jalan laju (sebab langkah kaki aku besar), so aku asik nak terpijak je kaki orang yang ada kat depan aku. Buat aku tension pun ada nih.. huhu Godaan pada diri sendiri sebab tetiba rasa nak marah bila orang ramai jalan lambat.. huhu 


Thus (ecewah, skipping pulak ), daripada membazir harta, masa, tenaga  dan membazir Iman bila pergi Bazar tu, lebih baik masak kat rumah dan makan sekadarnya saja. Itu adalah lebih baik rasanya daripada pergi ke bazar Ramadhan.. nanti, lain yang nak dibeli, lain pulak yang dibeli... huhuhu 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Banjir: Punca dan Cara Mengelakkan - Banjir adalah salah satu bencana alam yang kerap melanda di banyak kawasan, terutama di kawasan rendah dan padat penduduk. Kesan daripada banjir bukan sa...
    2 minggu yang lalu
  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    8 bulan yang lalu
  • Macam Dulu - 12 Februari 2020 Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan t...
    4 tahun yang lalu
  • BAS dan BAS - *UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI* *Tambah* mana yang kurang, *ambil* mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaup...
    5 tahun yang lalu
  • CABUT GIGI GERAHAM DAN DRY SOCKET.. - Assalammualaikum.. Serius tak sedar dah dua bulan aku tak update apa-apa..baru cadang nak rajin blogging tahun ni..lupa dowh nak bukak blog bila dah akti...
    5 tahun yang lalu
  • KEMBARA - Kita Tiada - Tiapa apa. Aku jadi ingat. Duka itu ubati lupa. Sangka baik. Percaturannya Dia itu hebat. Indah dan tepat. Hanya Dia saja yang ada....
    7 tahun yang lalu
  • Dua Ringgit Jer Untuk Hari Raya? KEDEKUT! - *Kanak-Kanak yang masih kecil * : *Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm* *Orang Dewasa Yang Sangat Dewasa * : *Walaalaikumsalam. Wah ramainy...
    8 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendid...
    9 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    11 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    12 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu