Credit to: letterlove.wordpress.com |
Talian buat sekian kalinya cuba disambung. Kain rentang dibentang seluas lebar. Jaringan kasih melagukan irama tanpa suara. Hampir saja aku berputus asa, namun talian itu bersambung jua. Ritma suara bergetar menahan rindu yang berterbangan di jendela usia. Ah, kasihnya walid...kekal sampai bila-bila! Sudah lapan hari berlalu, tinggal dua hari saja waktu menunggu sebelum dia berlalu.
+ Abah kat Sri Petaling ni. Dah lapan hari. Abah tak ada kredit nak bagi tahu. Hari tu terlupa nak bagi tahu. Tak ada call mak ke? Mak tak de bagi tahu?
- Call, tapi line kat sana tak elok. Susah nak dapat coverage elok. Mesej je hari tu. Tapi mak tak ada bagi tahu apa-apa.
+ Abah pun tak mesej dan call mak. Abah sampai hari selasa ni je kat sini.
- Kenapa abah tak bagi tahu awal-awal...? kalau tak kita dah pergi sana dah jumpa abah tadi. Abah free bila?
+ Abah tidur lepas subuh sampai pukul 11. Bangun tu terus mesyuarat sampai zohor. Lepas zohor, terus masak untuk Jemaah dan pelajar kat sana untuk berbuka dengan sahur. Lepas terawih macam ni free lah. Nanti malam sikit nak 'takmir' pulak. Tidur sekejap sebelum sahur.
- Alaaaaaaaaaaaaaaaaa.... Kita nak pergi sana... Tahun ni kita last puasa kat sini. Tahun depan dah tak study sini dah... =_='
senyap seketika. sungai rindu mengalir tanpa suara.
+ Nak datang dengan siapa nak ? Susah kalau tak ada kereta. Abah tak naik kereta datang sini.
kembali senyap sekali lagi.
- Nantilah, kita pergi dengan siapa-siapa pun.. huhu.
+ Okey, jaga diri. I Love You.
- I Love You too, Abah!
Sungai semakin deras
Ombak semakin mengganas
Pasir semakin mengeras
Angin malam kian membuas.
Talian diputuskan serta merta. Suis pada lampu malam ditutup. Minda ligat berfikir ingin meminta siapa menemani diri. Sempatkah aku menemuinya esok atau sebelum pulangnya dia ke kampung? Sempatkah aku merasai Ramadhan di Langgar suci itu... Semakin deras lebat sungai mengalir. Semakin lebat titisaan hujan jatuh bercucuran. Rindu pada walid mengatasi rinduku pada seorang ibu.
credit to: warkahramadhan.blogspot.com |
Sempatkah aku menjejakkan kaki ke sana sebelum Ramadhan berakhir? :'(
RINDU TALI TEMALI
tangan berpimpin tangan
kalam bertitah kalam
pesan berutus pesan.
Bersama marbut Jalan Radin
wajah tua menapak pusing
dengan memegang Ad-din
menuju Langgar Sri Petaling.
Tangan halus masih menanti
mencari wajah si wali
mohon bertemu setulus hati
melepas rindu tali-temali.
HAdira Kifly
Hati Sang Perindu
Bandar Baru Bangi
29072012 , 01:32
~~sudut ilmu~~
marbut: siak
Langgar: masjid
takmir: imarah