Isnin, 9 Julai 2012

Masih Jatuh Mengalir

credit to: facebook photo






Ini adalah kisah tragis yang berlaku dahulu...

Cuti pertengahan semester sudah bermula. Telefon bimbit di kocek seluar berdering-dering minta dijawab. Beg galas berat bersandang dibahu meminta perhatian yang lebih berbanding telefon bimbit. Kaki tetap meneruskan langkah tuju ke arah Hentian Bas Pudu Raya (Pudu Sentral). Kaunter tiket ke arah utara dicari. Tiket bas dibeli dari syarikat bas Konsortium Bas Ekspres Melayu (Klang) Sdn Bhd. Badan dibiarkan berehat di kerusi rehat di tingkat aras 1 Hentian Pudu.

Telefon bimbit di kocek diambil. Panggilan yang diterima tadi didail semula. Menghantar khabar bas akan bertolak sejam lagi. Bibir mengorak senyum saat insan di sana mengusik dengan bahasa manja. Hati tercuit dengan kemesraan yang diberikan. Mata bersinar tidak sabar ingin bertemu wajah-wajah yang menanti kepulangan. Suara bergelombang tertawa riang saat dikhabarkan si kecil sudah demam merindui diri yang sudah lama tidak pulang-pulang. Seketika kemudian, talian diputuskan.

Talian ke Selatan dunia pula dibuat. Niat hati mengkhabarkan berita pemergian diri ke sana dunia. Namun panggilan untuk kali kelima juga tidak berjawab. Talian cuba disambung pada mak dan abah masih lagi gagal. Mesej dikirim buat keduanya. Ringkas saja mesej dibalas "Tgh bz." Diri terus menuntut sejuta kefahaman yang sudah bertahun terpatri di dalam jiwa.

Matahari kian merapati kiri tubuh. Pokok-pokok di tepi-tepi jalan raya semakin kelihatan berbalam. Pandangan semakin gelap saat snja kian melabuhkan tirainya. Empat jam kemudian, bas memasuki Hentian Sebelah Juru. Bersama penumpang-penumpang lain, aku turun ke celah-celah kereta memberi ruang untuk bas bergerak mninggalkan Hentian. Mata cepat mengesan di mana terpakirnya kenderaan yang dipandu dia. Dalam kadaan selamat, kaki dituju ke arahnya. Pintu prime mover dibuka dan kaki memanjat naik ke dalam kenderaan. Salam diberi dan kenderaan terus dipandu meninggalkan kawasan hentian. Hati berdebar-debar memandang si dia memandu dengan tenang dan senyum yang tidak lekang di bibir. Debaran di dada sangat bergelora hingga mampu membuatkan suara terketar-ketar. Usikan dari si dia membuat wajah berubah merah.

Kenderaan yang dipandu tiba juga di laman rumah. Pintu rumah dibuka dan menerima tetamu masuk dengan wajah ceria si anak. Pelukan dibalas dan bibirnya pantas mengukir senyum yang tidak putus-putus. Tangan ketar si ibu digapai dan dicium lembut. Semua isi rumah berkumpul di dapur. Masing-masing bertukar cerita sambil makan burger yang dibeli dalam perjalanan pulang tadi. Gelak tawa mengisi ruangan kecil di rumah pada malam itu.

Cuti semakin singkat. Hari itu, aku akan dihantar ke Penang Sentral. Tangan dihulur bersalaman dengan warga bumi. Wajah cuba diceriakan biar terasa sebak saat ingin meninggalkan. Wajah-wajah yang tersayang cuba disimpan dalam ingatan kedap-kedap. Stokin berlipat dibuka dan dipakai. Kasut Edwin coklat bersaiz sembilan disarung di kaki Mc Donald. Beg galas hitam diangkat dan digalas di bahu. Tangan mencapai tombol pintu mengambil kekuatan untuk berdiri sendiri. Wajah berpaling ke belakang sebelum berjalan ke arah prime mover yang sudah menanti di hadapan pintu rumah. Dengan sayu, tangan melambai-lambai wajah-wajah indah dan kenderaan terus bergerak.


Aku turun dari prime mover bersama beg galas di bahu. Kaunter tiket rakan sekolah si dia dituju. Urusan pembelian tiket selesai dan ruangan kedai makan di seberang Penang Sentral dituju. Meja kosong dipilih dan air teh ais dipesan. Talian di sini bersambung dengan talian di sana. Kelibat dia yang baru keluar dari Penang Port sudah kelihatan. Dia turun dari prime mover dan terus datang mendekat. Makanan tengah hari di pilih bersama. Lauk gulai ikan nyok nyok menjadi pilihan bersama. Ikan kering dan sayur-sayuran segera menambah selera.

Usai makan, dia menurunkan amanatnya seperti biasa kepada aku. Pesanan keramat diberi sehabis banyak. Perbualan itu ringkas, namun padat dengan kata-kata bernas seorang lelaki dewasa. Bas yang sedia terparkir di platform 2 didekati. Beg galas diletak di atas kerusi di dalam bas. Dia menghantar sampai ke tempat duduk memastikan segalanya benar-benar baik. Sebagai bekas seorang pemandu bas selama belasan tahun, dia cukup mengambil berat akan keselamatan aku semasa menggunakan perkhidmatan itu.

Aku kembali mengekori dia turun ke bawah bila bas masih lagi menunggu penumpang untuk meneruskan perjalanan. Dia meminta diri untuk menyambung perjalanan ke Kedah. Perjalanan masih jauh. Berat rasa hati untuk mengizinkan selagi bas belum bergerak meninggalkan sentral. Salam bersambut dan kucupan kasih di dahi diterima. Pesanan "Jangan nangis," juga diterima namun air mata sudah bergenang di tubir mata. Sekasarnya aku menolak dia seraya menjeling dan berlari ke dalam bas. Sedaya upaya aku cuba untuk tidak mengalirkan air mata, tai entah mengapa, air mata itu jatuh juga dengan tiba-tiba.

Dari tempat duduk dalam perut bas, aku nampak dia berjalan membelakangi aku. Tangan diangkat ke atas melambai aku dari jauh sebelum berpaling meihat aku yang sedang mengesat air mata. Langkah terus diatur meninggalkan sekarat memori buat aku di situ. Sungguh, aku rindu.








LAYAR EMAS BERGETAH BEKU

Berlayar di daratan emas
berjalan di atas tembaga
menoreh di layar perak
menimbus di dusun hempedu
getah itu rupanya beku.

Kotak itu rupanya bujur
bulatan itu rupanya sfera
gelombang itu rupanya masih sama
bila matahari di ufuk senja.

HAdira Kifly
Arjuna Hati
Bandar Baru Bangi
08012012 , 23:20





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Seloka Selamat Malam... - Dodol durian kuih bahulu, Enak dimakan diwaktu petang, Kerja kuat berganding bahu, Dari pagi membawa ke petang... Penat berkerja di siang hari, Sampai malam...
    Seminggu yang lalu
  • membeli masa - Sesibuk mana pun bekerja. Sepenat mana pun rasa bila balik keje. Masa dengan anak nak tak nak kena diluangkan. Makanya, bersilalah si ayah atas lantai mel...
    3 minggu yang lalu
  • Bolehkah Kad Pengenalan Kita Di simpan Oleh Pengawal Keselamatan? - *Salam Hormat.* Ketahui Hak anda sebagai Rakyat Malaysia. Dalam tugasan kita selaku Pemandu *LORI *acapkali akan memasuki kawasan industri atau premis yang...
    2 bulan yang lalu
  • Timbang - Dalam apa jua keadaan, timbang rasa & timbang tara itu penting. Paling tidak, carilah sedikit kebaikan dengan kehadiran situasi itu sendiri. • Mungkin Allaa...
    3 bulan yang lalu
  • BERHENTI MEROKOK VOL 3.0 - salam Harini aku nak share satu cerita..ikutkan nak lukis je senang sikit sebab ramai orang tak suka membaca,tapi lukis pelan aku tau la..lukis cerita tak...
    7 bulan yang lalu
  • Bangkit - Sesudah melalui banyak kesakitan dalam perjalanan hidup perniagaan yang jatuh satu persatu.Aku cuba bangkit kembali bersama kekuatan dan semangat baru...
    7 bulan yang lalu
  • 2016-01 - Aku tengah desperate nak coffee. Dah lama tak masuk sini. Bertahun lupa macam mana nak log in. Harini cuba nasib log in. Pufff. Berjaya. Ber.ja.ya.
    10 bulan yang lalu
  • Tips Kurus Dalam Masa 3 Hari - So this really can make everyone get excited sebab nak kurus. I mean for a GIRL Laki macam tak beberapa kisah sangat dengan badan naik kot sebab Anwar tak ...
    Setahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    Setahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    Setahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendidi...
    2 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap hu...
    3 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    5 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    6 tahun yang lalu