Isnin, 30 Julai 2012

Isue: Divorce


credit to: indahpermai.blogspot.com




Terima kasih pada Kak Kujie kerana memberi keizinan untuk menggunakan intipati yang terdapat di dalam entri beliau untuk dibincangkan sepanjang "Debat Perdana" subjek Pemikiran Kritis dan Kreatif pagi tadi. Berikut merupakan petikan Laporan Debat Perdana siang tadi.


Terdapat tujuh kumpulan yang dikehendaki membentangkan isu-isu terkini dalam Debat Perdana ini. Bagaimanapun, hanya tiga kumpulan terawal yang terlibat dalam perdebatan hari ini kerana kekangan masa. Dari tiga kumpulan yang terlibat hari ini, kumpulan Harmoni yang terdiri daripada lima orang ahli telah terpilih menjadi kumpulan kedua dalam sesi debat. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. 

Debat Perdana dari kumpulan Yum Yum membentangkan topik "Dadah", kumpulan Harmoni membawa topik "Penceraian" dan Kumpulan CCT membawa topik "Penceburan Malaysia dalam Sukan Antarabangsa". Topik dadah yang telah dibawa oleh Kumpulan Yum Yum kurang mendapat sambutan hangat berikutan jurucakap kurang memberikan hujah-hujah yang kukuh dan bukti untuk setiap jawapan yang diberikan. Kegagalan jurucakap menjawab setiap soalan dengan tepat menyebabkan penonton tidak menumpukan sepenuh perhatian kepada topik yang dibincangkan. Kurang persediaan merupakan faktor utama kelemahan Kumpulan yum yum. Dua mata telah diberikan untuk jurucakap pertama dan satu mata diberikan untuk jurucakap kedua dan ketiga. Empat mata dan dua mata masing-masing diberikan kepada kumpulan Harmoni dan CCT atas bantahan dan persoalan yang dikemukakan. 

Kumpulan Harmoni yang membawa topik "Penceraian" merupakan kumpulan yang paling mendapat sambutan hangat daripada semua penonton. Soalan tidak putus-putus diajukan kepada barisan jurucakap dan hanya satu soalan berkaitan isu yang tidak dapat dikupas oleh setiap ahli. Soalan tersebut adalah, "Adakah dibenarkan sekiranya seorang suami yang mempunyai empat orang isteri menceraikan keempat-empat isterinya pada waktu yang sama." Tiga mata telah diberikan kepada jurucakap pertama dan masing-masing mendapat dua mata bagi jurucakap kedua, ketiga, keempat dan kelima. Lima mata dan empat mata masing-masing diberikan kepada Kumpulan Yum-Yum dan Kumpulan CCT atas penglibatan mereka dalam mengemukakan soalan dan pendapat berkaitan isu berbangkit. 

Kumpulan CCT yang membawa topik sukan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kumpulan Harmoni. Kelima-lima soalan hangat daripada Kumpulan Harmoni dapat dijawab dengan penuh keyakinan daripada Kumpulan CCT. Soalan yang dikemukakan tidak hanya berkisar mengenai Sukan Olimpia yang sedang berlangsung di United Kingdom, London, tetapi berkisar juga mengenai isu bola sepak yang diminati oleh penonton-penonton lelaki. Atas penglibatan semua ahli, jurucakap dua dan tiga mendapat tiga mata, satu mata untuk jurucakap satu dan empat, dan masing-masing empat mata untuk Kumpulan Yum Yum dan Kumpulan Harmoni atas penglibatan bersama.



fuuu... letih jugak kena buat laporan sebenarnya. Tapi apa pun, bersyukur sangat sebab dalam Kumulan Harmoni tu, aku dapat markah paling tinggi dan kerana pertanyaan aku juga berkaitan penyertaan atlet-atlet individu dan berkumpulan yang merupakan topik hangat dalam arena sukan negara masa kini. 


Tak sangka pulak dapat bidas persoalan-persoalan yang dikemukakan dengan baik dan lancar bersama hujah-hujah yang matang dan bernas. Lebih-lebih lagi bila soalan mengenai jenis-jenis talak, persoalan nafkah dan iddah, faktor dan kesan berlakunya penceraian dan hal berkaitan anak dikemukakan kepada kami.  Terima kasih juga kepada semua ahli kumpulan yang memberikan sokongan dan kepercayaan sepanjang berlangsungnya Debat Perdana siang tadi. Syukur, Alhamdulillah... :)




Credit to: examterms.com 



p/s: Sebelum Debat Perdana tadi topupkan abah. Mungkin sebab dapat mesej daripada abah untuk memberi semangat lima minit sebelum perdebatan berlangsung, buat segalanya berjalan dengan cukup lancar. weeeeheee ! Sayang abah Love abah jugak !!! <3 <3 <3 :) 



mood: menyanyi lagu "I lay my Love on You" oleh Weslife...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Banjir: Punca dan Cara Mengelakkan - Banjir adalah salah satu bencana alam yang kerap melanda di banyak kawasan, terutama di kawasan rendah dan padat penduduk. Kesan daripada banjir bukan sa...
    2 minggu yang lalu
  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    8 bulan yang lalu
  • Macam Dulu - 12 Februari 2020 Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan t...
    4 tahun yang lalu
  • BAS dan BAS - *UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI* *Tambah* mana yang kurang, *ambil* mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaup...
    5 tahun yang lalu
  • CABUT GIGI GERAHAM DAN DRY SOCKET.. - Assalammualaikum.. Serius tak sedar dah dua bulan aku tak update apa-apa..baru cadang nak rajin blogging tahun ni..lupa dowh nak bukak blog bila dah akti...
    5 tahun yang lalu
  • KEMBARA - Kita Tiada - Tiapa apa. Aku jadi ingat. Duka itu ubati lupa. Sangka baik. Percaturannya Dia itu hebat. Indah dan tepat. Hanya Dia saja yang ada....
    7 tahun yang lalu
  • Dua Ringgit Jer Untuk Hari Raya? KEDEKUT! - *Kanak-Kanak yang masih kecil * : *Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm* *Orang Dewasa Yang Sangat Dewasa * : *Walaalaikumsalam. Wah ramainy...
    8 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendid...
    9 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    11 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    12 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu