credit to: doktorbonot.blogspot.com |
Seorang lelaki merenung sebatang pensel yang baru dibuatnya. Cantik, lebih cantik, lebih teguh dan lebih hitam coretan matanya berbanding biasa.
Sejurus sebelum memasukkan pensel tersebut ke dalam kotak,lelaki berkenaan berkata:
“Ada 5 perkara yang perlu engkau ketahui sebelum kumasukkan engkau ke dalam dunia barumu ini. Engkau perlu ingat semua perkara ini supaya engkau menjadi pensel yang terbaik sepanjang masa:-
- Kau boleh menulis banyak perkara hebat, tapi ini hanya berlaku jika engkau membenarkan dirimu dipegang oleh seseorang.
- Kau akan mengalami kesakitan semasa matamu ditajamkan, tapi kau perlu laluinya bagi membolehkan kau menjadi pensel yang baik.
- Kau boleh membetulkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan.
- Benda yang paling berharga padamu berada dalam tubuhmu.
- Tidak kira di atas apa permukaan apa kau diguanakan, kau mesti tinggalkan bekasmu. Walau dalam apa sekalipun, engkau mesti terus menulis.
petikan dari sini.
PENA
Cerita dan kisah
rasa dan sirah
kalam basah
saat jiwa pasrah.
Tulis
menulis
ditulis
hanya dengan sebatang pena.
HAdira Kifly
Arjuna Hati
Bandar Baru Bangi
03072012 , 18:42