Sabtu, 28 Julai 2012

HUJAN PELANGI


Credit to: ujihati.blogspot.com




Sejak bulan puasa ni, satu panggilan daripada mak dan abah tidak sampai di telinga aku. Berkali-kali aku cuba menghubungi, tapi talian masih gagal bersambung. Hari kedua puasa, mak menghantar mesej. Duka bahasanya. Puisi aku di dalam ruangan sosial muka buku disalah tafsir saudara terdekat. Sirah disampaikan kepada mak dengan cara dan maksud yang berbeza. Sudahnya, telinga hanya menadah telinga dan hati membuku menerima teguran dari hati seorang ibu yang mentafsir puisi dan sajak dari kaca minda seorang ibu. 



+ve: mak penat kena jaga Nyai. Nyai sakit dan baru nak sembuh dari kena angin ahmar. mak pun tak sihat sangat... Dira, jangan ambil hati kalau mak kau tersalah tafsir.. kau kena kuat supaya mak kau pun kuat.. Jangan tunjuk pada mak, yang kau lemah.

-ve: tapi sampai bila aku harus berlakon menjadi seorang yang kuat ? Sedangkan kekuatan aku diinjak-injak sesuka hati. Rindu aku dicampak-campak tidak dipeduli. 



dan monolog dalam diri itu mati di situ. hanya sungai mata yang mengalir lesu membasahi harimau kecil tidak bermaya. 



Tepat pukul satu pagi itu, aku membasahkan seluruh tubuh aku yang terasa sangat berbahang. Rakan sebilik hanya mampu memandang wajah sembab dan tubuh basah aku tanpa bertanya barang sepatah kata. Masing-masing berada di dalam zon bisu. Diam seribu bahasa. 



Saat tubuh kembali dilandaikan di atas katil, teringat pesan abah lewat bersamanya di rumah. 


+ Jangan mandi malam-malam buta. Air tu sejuk. Badan kita kan panas, nanti paru-paru tu berwap dan lembab bila sejuk sangat lepas mandi. Nanti kena paru-paru berair macam arwah Yaie, kan susah.


Pantas saja air mata bergenang lagi. Hingga saat ini, abah masih gagal dihubungi. Rindu ingin mendengar suara abah lewat hari-hari berlalu. Aku ingin terapung di udara dan memeluk angin sejuk... Mengungkap kenangan manja seorang anak gadis bersama babahnya.. Sungguh, aku rindu abah. 





HUJAN PELANGI

Antara hujan yang jatuh membasahi bumi
selepas panas bertukar ganti
tompok awan hitam masih mengiringi
mencari bintik-bintik tari asli
mentafsir noda-noda benci
menghalang angin berlari.

Antara pelangi yang datang menghampiri
selepas sejuk salju mula berhenti
titisan hujan masih mengiringi
mencari rintik-rintik air di kali
melihat lahar gunung merapi
menghalang tanah terpalit salji.

HAdira Kifly
Hati Bidadari
Bandar Baru Bangi
27072012 , 23:20



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Banjir: Punca dan Cara Mengelakkan - Banjir adalah salah satu bencana alam yang kerap melanda di banyak kawasan, terutama di kawasan rendah dan padat penduduk. Kesan daripada banjir bukan sa...
    2 minggu yang lalu
  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    8 bulan yang lalu
  • Macam Dulu - 12 Februari 2020 Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan t...
    4 tahun yang lalu
  • BAS dan BAS - *UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI* *Tambah* mana yang kurang, *ambil* mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaup...
    5 tahun yang lalu
  • CABUT GIGI GERAHAM DAN DRY SOCKET.. - Assalammualaikum.. Serius tak sedar dah dua bulan aku tak update apa-apa..baru cadang nak rajin blogging tahun ni..lupa dowh nak bukak blog bila dah akti...
    5 tahun yang lalu
  • KEMBARA - Kita Tiada - Tiapa apa. Aku jadi ingat. Duka itu ubati lupa. Sangka baik. Percaturannya Dia itu hebat. Indah dan tepat. Hanya Dia saja yang ada....
    7 tahun yang lalu
  • Dua Ringgit Jer Untuk Hari Raya? KEDEKUT! - *Kanak-Kanak yang masih kecil * : *Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm* *Orang Dewasa Yang Sangat Dewasa * : *Walaalaikumsalam. Wah ramainy...
    8 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendid...
    9 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    11 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    12 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu