Khamis, 12 Julai 2012

Rangkulan Lembaga Hijau

Credit to: 12ERF




Tidak ada kata-kata tidak untuk kesalahan yang aku lakukan. Aku mengaku itu adalah kesilapanku. Dan dengan tegas, kau katakan bahawa kau tidak menerima sebarang kata maaf dariku. Malah, apa saja kata usikan yang aku tujukan buat kau beberapa hari sudah tidak membawa apa-apa makna buat kamu. Segalanya terbang terus dari syurga kayangan. Nafas rinduku hilang dibawa angin yang menderu tidak sampai ke ruang rindu. 


Apa lagi yang dapat aku katakan ? Apa pula yang harus aku katakan ? Hati ini cuma buat kamu biarkan kau kata janji itu bagai janji palsu. Rasa suka dan duka terhenti saat ini. Tidak tahu mana satu rasa yang terbit dalam jiwa biarpun tanpa sedar air mata itu menitis jatuh tiba-tiba. 


Setitis.


Dua titis. 


Tiga titis.


dan airmata itu mengalir deras secara tiba-tiba tanpa suara. Tubuh berpaling menghadap dinding kosong berwarna hijau laut. Badan secara tiba-tiba menjadi panas berbahang. Suhu naik mendadak bagai gunung berapi ingin memuntahkan laharnya. Tubuh bingkas bangun menuju ke bilik air menyucikan diri. 



Saat pintu almari terbuka, terlihat sepasang pakaian miliknya terlipat kemas dalam susunan. Ada satu keratan surat kiriman pos daripadanya lewat sebulan yang lalu. Terpandang pula kad yang belum bertulis apa-apa ucapan yang dibeli semasa percutian lalu untuk dia. Tangan segera mengambil soket "seal" pemberian dari dia di dalam bekas pensel meja tulis. Soket "seal" digenggam erat dan dibawa ke dada. Tubuh direbahkan di atas katil. Niat hati ingin melelapkan mata gagal. 


Suhu badan kembali naik memuncak secara tiba-tiba. Panas seluruh badan sudah tidak dapat dikawal. Kaki tangan sudah menggeletar tidak tahu punca. Air masak ditelan hingga habis separuh jag. Suhu badan kelihatan surut, namun suhu di wajah masih tidak surut-surut. Mata semakin berpinar-pinar menahan pedih. Rambut separas bahu diikat kemas. Wajah yang putih telah bertukar merah sedari tadi. Diri bangun untuk menambah kelajuan kipas siling. Kipas dilajukan hingga tahap 5. Saat ingin kembali ke katil, dapat dirasakan tubuh semakin berat. Dan, dunia kelihatan gelap serta merta. 


Diri berasa berada di awang-awangan saat itu. Terasa ada sesuatu yang  membawa diri terbang jauh ke kayangan syurga. Warna-warna pelangi menembusi awan-gemawan yang menjadi lantai saat itu. Terdetik persoalan, adakah aku bermimpi? Aku  meneruskan perjalanan melihat keindahan di sekeliling. Setelah merasa terlalu jauh melangkah, diri duduk di atas sekepul awan tebal berwarna putih. Saat itulah kepala mula dilanda kesakitan yang teramat sekali lagi. Serangan yang datang secara tiba-tiba tidak mampu ditahan oleh diri dan tubuh terdampar seorang diri di situ. 


Bibir meminta air berulang-ulang kali cuba menurunkan suhu tubuh badan. Namun panggilan itu tidak dijawab oleh sesiapa. Tangan cuba diangkat separa bahu mengharap ada sesiapa yang sedar kehadiran diri di situ. Namun, cubaan itu sia-sia apabila terkenangkan cuma diri sendiri yang berada di situ. Entah berapa lama aku terbaring lesu tanpa minum dan makan. Perut yang sedia ada kosong bertambah pedih. 


Setelah sekian lama menanti, kelihatan satu lembaga berwarna hijau datang menghampiri. Dia bertanya, apakah yang aku lakukan di kayangan itu? Aku yang tergamam melihat kehadiran lembaga itu hanya terdiam memandangnya.Dia datang mendekat dan terus mencempung aku membawa pergi ke sebuah bangunan besar berupa istana. Aku dibawa masuk ke dalam sebuah kamar besar dan diletakkan di atas katil. Dayang-dayang istana datang menghampiri. 


Aku dilayan bak permaisuri raja yang sedang gering. Dipanggilnya tabib di raja untuk megubati aku. Pakaianku ditukar oleh dayang-dayang yang bertugas. Sutera itu sungguh lembut dan wangiannya mampu menenangkan jiwaku. Sanatapanku diberi dan aku makan seenakny penuh tertib di dalam kamar itu. Buah-buahan segar dihulur kepada aku kemudiannya. Lalu datang lembaga hijau tadi merapati tubuh, begitu hampir hingga desah nafasnya dapat dirasakan. Serta merta tubuhku bergetar ketakutan. 

Aku memandang lembaga itu meminta simpati. Wajah lembaga itu seperti sangat aku kenali. Dengan perasaan takut yang menyelubungi diri, aku memandang ke dalam wajahnya. Hidung mancungnya, bujur matanya, lebat keningnnya, mulus bibirnya dan lesung pipit dalam di pipinya seperti sangat aku kenali. Saat itu, lembaga hijau itu memegang tanganku dan di bawa ke dada sasa miliknya. Kulihat air mata bergenang di tubir mata lembaga hijau itu. Debaran di dadanya cukup laju hingga membuat aku turut sama berdebar. 


Saat air matanya jatuh mengenai tanganku, tubuh hijaunya bertukar warna seperti manusia biasa. Dan insan yang sangat aku sayangi ada di hadapan mataku. Lantas aku peluk erat tubuh itu. Aku kemaskan rangkulanku di tubuh sasa miliknya. Aku turut menangis hiba. Wajah-wajah rindu basah dengan air mata bercampur ciuman rindu seorang kekasih yang sudah lama terpisah. Diri merasa damai berada di sampingnya hingga tidak sedar entah bila terlena. 


Saat mata kembali terbuka, bayang si dia hilang dari pandangan. Awan-gemawan yang indah hilang dari bayangan. yang kelihatan adalah cahaya matahari yang menerobos masuk melalui tingkap bilik. Suasana di dalam asrama kembali mewarnai sekelilingku. Namun, masih dapat aku rasakan desah nafasnya di sisiku, damai menghangatkan malam dinginku, menyentuh erat tanganku membuai, melenakan aku. 




Masih terbayang semua itu, kukuh dalam ingatanku... 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    Seminggu yang lalu
  • TERPALING CAMPERS - OUTDOOR - Assalammualaikum wbt. So macam tajuk di atas, la ni aku rasa nak kongsi lah sikit benda apa yang paling rancak sekarang dalam hidup aku.. yup, camping la...
    5 bulan yang lalu
  • Tularnya kisah motor Abang Rider disita - Saya turut bersimpati dengan rider Food Panda yang mengalami masalah baru-baru ini kerana motorsikalnya disita oleh pihak berkuasa. Belas ihsan adalah s...
    7 bulan yang lalu
  • Lara Hati - Hujan sepanjang hari ini, dingin sedingin hati. Jauh aku merenung tiap titis air hujan yang turun masihkah ada rindu? Aku sengaja membiarkan Tangan aku bas...
    2 tahun yang lalu
  • 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐍𝐃𝐔 𝐁𝐀𝐒 - Bas yang di dalam cerita ini Lingkungan awal 90an, selepas beberapa waktu abang zul bekerja sebagai pemandu lori yang bermula dari lori 1 tan, kemudian 3...
    3 tahun yang lalu
  • HARMONI yang HILANG - Semalam aku ke kedai ubat Cina membeli sesuatu. Aku cakap MAAF sebab ganggu dia sedang makan. Dia balas MAAF sebab aku nampak dia sedang nikmati makanan se...
    4 tahun yang lalu
  • Kembali - Assalamualaikum wbt. Gementar nak menulis semula. Terlalu lama berhibernasi barangkali. Jika ada yang merindu tulisku, coretku dan anganku. Insha Allah akan...
    5 tahun yang lalu
  • Tips Kurus Dalam Masa 3 Hari - So this really can make everyone get excited sebab nak kurus. I mean for a GIRL Laki macam tak beberapa kisah sangat dengan badan naik kot sebab Anwar tak...
    7 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    8 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    10 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    11 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu