Selasa, 3 Julai 2012

Rindu Bayang-Bayang 2





Jari-jemari ligat memainkan irama dondang sayang di papan kekunci nota buku. Dari laman blog Abang ZulKak Kujie, Uncle Gedek, Tukang Karut, The Malay Male, Melangkah Ke Sana, dan Monolog Dalaman hingga ke laman muka buku... Pantas saja huruf-huruf di papan kekunci mmbentuk ayat-ayat menarik pencukup rasa ajinomoto buat gulai lemak manis. 



Deringan "Rindu" berbunyi lagi... 

Kali ini sekadar membuat panggilan "rindu". Panggilan dari layang-layang diterima lagi. mata sekadar menjeling telefon batu dan terus memainkan irama metal di papan kekunci yang sama. Perut semakin sebu menahan gelak tawa yang tercipta di laman-laman muka buku dan blog yang lebih menarik minat aku daripada melayan cerita si layang-layang. 






Lima minit berlalu.....

Satu mesej diterima daripada layang-layang. Mesej dibiarkan sepi, lagi. Irama metal terus menari-nari di hujung jari-jemari. Telefon batu dicapai. Panggilan buat anak teruna hensem dibuat... gelak ketawa tercetus lagi... rindu buat si ubai terubat jua. Panggilan diputuskan seketika. Si ubai menanti di muka buku ingin memecah rindu.. Talian di sini bersambung pula dengan talian si dia. Perbualan diteruskan mencipta rentak yang sama dengan si ubai... gelak dan tawa menghiasi rentak cerita. 



Sejam berlalu...... 

Panggilan demi panggilan dari sini ke dua-dua arah buat si dia dan si ubai berlangsung dengan jayanya... (cewah, macam acara sukan pulak..hehe) telefon batu dibiarkan sejuk sebentar... Jari-jemari kembali menarikan irama rock balada di papan kekunci nota buku. berturut-turut mesej daripada rangkaian telefon diterima. Mesej mengatakan si layang-layang membuat panggilan rindu diterima. pantas jari-jemari memadam mesej yang diterima. 




Mesej dari si layang-layang diterima lagi. dan mesej tetap dibiar sepi. Hidup yang sunyi empat tahun dahulu telah berubah ceria setelah datangnya si dia dan si ubai. 


Selamat tinggal Layang-layang ....
Selamat Jalan Layang-layang ....


Izinkan aku menghidupkan hidup bersama insan-insan yang mampu menceriakan hari-hariku sedari dulu... 
Aku tahu, kau takkan termampu membahagiakan aku sepertimana mereka membahagiakan aku... 





BAYANG-BAYANG RINDU 2

Matikanlah bahasa rindu
yang kau hantar buatku
titipkan bahasa rindumu
buat insan lain yang lebih perlu

pergilah layang-layang
asalkan... kau biarkan bayang-bayang
tetap setia hingga ke petang.

HAdira Kifly
Arjuna Hati
Bandar Baru Bangi
03072012 , 00:28



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Banjir: Punca dan Cara Mengelakkan - Banjir adalah salah satu bencana alam yang kerap melanda di banyak kawasan, terutama di kawasan rendah dan padat penduduk. Kesan daripada banjir bukan sa...
    2 minggu yang lalu
  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    8 bulan yang lalu
  • Macam Dulu - 12 Februari 2020 Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan t...
    4 tahun yang lalu
  • BAS dan BAS - *UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI* *Tambah* mana yang kurang, *ambil* mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaup...
    5 tahun yang lalu
  • CABUT GIGI GERAHAM DAN DRY SOCKET.. - Assalammualaikum.. Serius tak sedar dah dua bulan aku tak update apa-apa..baru cadang nak rajin blogging tahun ni..lupa dowh nak bukak blog bila dah akti...
    5 tahun yang lalu
  • KEMBARA - Kita Tiada - Tiapa apa. Aku jadi ingat. Duka itu ubati lupa. Sangka baik. Percaturannya Dia itu hebat. Indah dan tepat. Hanya Dia saja yang ada....
    7 tahun yang lalu
  • Dua Ringgit Jer Untuk Hari Raya? KEDEKUT! - *Kanak-Kanak yang masih kecil * : *Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm* *Orang Dewasa Yang Sangat Dewasa * : *Walaalaikumsalam. Wah ramainy...
    8 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendid...
    9 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    11 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    12 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu