Khamis, 5 Julai 2012

Rindu Bayang-Bayang 4

Credit to: plasmostosis.wordpress.com




02.07.2012

Layang-layang berkata akan menunggu aku mengutus khabar berita dari sini tanpa aku mengukir kata janji. Mesej itu aku pandang sepi dan terus aku buang ke dalam tong sampah agar tidak dapat dipandang lagi. Lena malamku tenang tiada gangguan. Telefon bimbitku telah ditukar ke nada bisu. 


03.07.2012 
Bangun pagiku segar melihat matahari cerah memancar. Senyumku mekar sedari pagi ke malam. Aku layan jiwaku dengan harapan positif agar diri kelihatan sihat sepanjang hari. Menghabiskan waktu bersama rakan-rakan yang sentiasa menghargai kehadiran aku dengan gelak ketawa yang tidak henti-henti. 

Diri terasa letih bila petang menjelma. Nota buku hitam aku tutup. Aku naik ke katil milik aku dan landaikan bahagia di atasnya. Seminit kemudian, alam mimpi menjelma. Kenangan lalu berulang tayang dalam mimpi. Senyuman gelak tawa bersama rakan-rakan seperjuangan yang berkongsi suka duka aku alami di dalam mimpi sekali lagi. Terlakonlah watak aku menjadi ibu menyuap anak-anak makan makanan yang aku masak di asrama sambil bergelak ketawa. Tertayanglah kami sedang berkelah di tepi tasik bersama-sama dengan masakan yang aku masak sendiri menggunakan periuk nasi elektrik kesayanganku. ~~mimpi selalu mengarut~~ 

Aku tersedar dari mimpi. Serta merta perut terasa lapar. Teringat masakan pada semester lepas. Talian dibuat ke sana dunia dengan mata terpejam rapat membayangkan masakan panas. Nasi panas dan sardin berasap terbayang di minda. belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, orang di balik sana tersilap tafsir kata. Rindu pada sardin berasap pisap terbang melayang. Haruman nasi panas hilang tiba-tiba. Senyum sumbing dan getar rindu mati serta merta. dan air mata mengalir lesu tanpa suara. 



Maafkan aku.....
kerana gagal menjelaskan makna ucapanku
kerana melukakan hati kamu 
kerana akan terus berdiam kaku 
kerana tak akan sama seperti dulu

sejak pengertian itu bukan lagi milikmu
sejak bahasa dunia cuma milikku
sejak langit syurga terlandai kaku
tanpa kamu 
yang hadir cuma aku 
dengan mulut bisu




BAYANG-BAYANG RINDU 4 
Kumahu rindu itu menyatu
bersama sandaran yang jitu
bersama kekasihku
bukan pada layang pilu
yang terbang dalam jerebu. 
Berhentilah mengejar aku
dan mengatakan rindu
usah kau bazirkan waktu
semata-mata kerana aku
kerana aku milik kekasihku
bukan pula milikmu

HAdira Kifly
Arjuna Hati
Bandar Baru Bangi
03072012 , 19:55






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Banjir: Punca dan Cara Mengelakkan - Banjir adalah salah satu bencana alam yang kerap melanda di banyak kawasan, terutama di kawasan rendah dan padat penduduk. Kesan daripada banjir bukan sa...
    2 minggu yang lalu
  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    8 bulan yang lalu
  • Macam Dulu - 12 Februari 2020 Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan t...
    4 tahun yang lalu
  • BAS dan BAS - *UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI* *Tambah* mana yang kurang, *ambil* mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaup...
    5 tahun yang lalu
  • CABUT GIGI GERAHAM DAN DRY SOCKET.. - Assalammualaikum.. Serius tak sedar dah dua bulan aku tak update apa-apa..baru cadang nak rajin blogging tahun ni..lupa dowh nak bukak blog bila dah akti...
    5 tahun yang lalu
  • KEMBARA - Kita Tiada - Tiapa apa. Aku jadi ingat. Duka itu ubati lupa. Sangka baik. Percaturannya Dia itu hebat. Indah dan tepat. Hanya Dia saja yang ada....
    7 tahun yang lalu
  • Dua Ringgit Jer Untuk Hari Raya? KEDEKUT! - *Kanak-Kanak yang masih kecil * : *Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm* *Orang Dewasa Yang Sangat Dewasa * : *Walaalaikumsalam. Wah ramainy...
    8 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendid...
    9 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    11 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    12 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu