Jumaat, 15 Jun 2012

Antara Hidup dan...mati?


credit to: mymustafa.org



Aku tak lepak kat United State of America macam kau dan kau setiap hujung tahun. Atau kau akan rasa lebih heaven kalau dapat melepak di bawah menara Eifil, atau di Venice dan Rome,Itali, atau di Jepun, atau negara kedua kau selepas Malaysia iaitu Korea. Tempat lepak aku waktu cuti hanya di Ulu Sungai of Anakkampung. Itu pun setakat di Sungai Dulang saja. 


Kalau kau dapat lihat betapa bangunan pencakar langit tersergam indah di sana dan di sana dunia, aku pula dapat lihat anak-anak kecil belajar berenang di dalam sungai. Walaupun aku tak pandai berenang macam adik-adik sepupu-sepapat *macam gambar di atas*, at least aku boleh la nak join mandi sungai macam diorang tu sebab aku tak takut pacat lintah dan semalu sungai yang tajam-tajam tu. Korang? HAHAHAHA ! *siyes aku tengah gelak besar ni* Lipas dan cicak pun dah lintang pukang, apa lagi lintah dan pacat? Wasalam la jawabnya. 


Kat rumah mak abah aku tak ada bibik yang boleh suruh-suruh dan arah-arah untuk buat itu ini. Tak macam kau. Main jerit je, semua dah tersedia. Kau tinggal je bilik bersepah, masuk je bilik, bilik dah kemas siap bercahaya blink blink bau wangi semerbak mengharum bagai. Aku? huh, kalau bukan aku yang buat, alamat rumah aku macam tongkang pecah tongkang karam berbau kepam bau masam. Aku tak ada bibik dan anti-orang gaji. 


Aku pakai notebook hp mini secondhand yang abang aku dapat masa dia belajar dulu. Itu pun dia sebab dia mohon kat TM Net dulu. Kalau tak, aku rasa, sampai sekarang aku masih tak memegang komputer riba *walaupun dalam versi mini*. Aku tak macam kau yang mampu beli komputer riba jenama Apple dan Vaio siap ada printer Canon bagai. Tapi itupun kau beli daripada duit mak bapak kau. Kau mana kerja nak ada duit beli itu ini. 


Aku pakai handphone eTouch yang boleh masuk dua simkad tu je. Tu pun sebab handphone Sony Erricson S321 aku dulu termasuk dalam lubang tandas. haha, siyes aku takde duit nak beli iPhone, iPad, Galaksi Tab, bala bla bla dan bla. Tapi aku bangga bila setiap kredit yang aku pakai adalah hasil daripada duit aku sendiri yang bukannya aku minta daripada mak bapak aku. Kau? hehhh, setiap sen yang kau salurkan itu sudah tentu datangnya daripada mak bapak kau kan? Oh, ya! Kau tak dapat tajaan pinjaman wang daripada pihak Mara kan? 


Aku tak ada kamera DSLR dari jenama Canon mahupun Nikon macam yang kau dan kau ada. Kalau aku pakai kamera pun, aku pinjam je daripada Mr. Captain aku tu. Itu pun aku dah pulangkan kepada tuannya minggu lepas sebelum aku balik semula ke sini. Sharing is caring kan? ehhehh.. Tapi tu laa... korang pun beli DSLR tu pakai duit mak bapak korang jugak. Even korang tak tersenarai dalam senarai dekan pun, anytime korang boleh dapat apa yang korang nak. Aku? haha, nak apa saja kena guna duit sendiri la brother/sister.. Kalau nak pakai duit mak abah boleh. Tapi bulan depan, bayar balik. hehhh


Aku ....


Ah, banyak sangat la kalau nak ditulis lagi. Aku itu...aku ini... Tapi yang penting, aku dapat rasa hidup aku lebih hidup daripada hidup kau. Sebab apa yang aku rasa, kau tak pernah belajar erti hidup...




Jap, kau pandai kupas kelapa pakai parang dan kukur kelapa tu pakai pengukur kelapa macam gambar kat bawah ni ?


credit to: bluesriders.blogspot.com


Kalau kau tak pandai, memang kau tak tahu erti hidup yang sebenar dan kau harus belajar apa itu erti hidup.
*lebih-lebih lagi hidup sebagai seorang Melayu di Tanah Melayu*





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Pantun Selamat Tahun Baru Cina - Angin berdesir di pagi raya, Burung berkicau di pohon selasih; Selamat Tahun Baru Cina, Semoga rezeki melimpah bersih. ------------------------------ ...
    4 minggu yang lalu
  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    10 bulan yang lalu
  • Macam Dulu - 12 Februari 2020 Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan t...
    4 tahun yang lalu
  • BAS dan BAS - *UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI* *Tambah* mana yang kurang, *ambil* mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaup...
    5 tahun yang lalu
  • CABUT GIGI GERAHAM DAN DRY SOCKET.. - Assalammualaikum.. Serius tak sedar dah dua bulan aku tak update apa-apa..baru cadang nak rajin blogging tahun ni..lupa dowh nak bukak blog bila dah akti...
    5 tahun yang lalu
  • KEMBARA - Kita Tiada - Tiapa apa. Aku jadi ingat. Duka itu ubati lupa. Sangka baik. Percaturannya Dia itu hebat. Indah dan tepat. Hanya Dia saja yang ada....
    7 tahun yang lalu
  • Dua Ringgit Jer Untuk Hari Raya? KEDEKUT! - *Kanak-Kanak yang masih kecil * : *Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm* *Orang Dewasa Yang Sangat Dewasa * : *Walaalaikumsalam. Wah ramainy...
    8 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendid...
    10 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    11 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    12 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    12 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu