Khamis, 7 Jun 2012

Check In....


Credit to: intralogin.wordpress.com




Tamat sudah percutian sepanjang semester ini. Hari ni, hari mendaftar semester baru bagi pelajar-pelajar  lama Pengajian Perniagaan usahasama UiTM di kolej. 


Masih lagi segar dalam ingatan aku perihal pesan arwah mbah (atuk sebelah emak) dulu... 

"Selagi hidup boleh berdikari, usah disusahkan hidup orang tuamu, cu"


Dan atas sebab itulah aku tidak lagi meminta mak dan abah turut menghantar aku mendaftar pada setiap awal semester yang baru. Cukuplah mereka menghantar aku waktu aku mula-mula menjejakkan kaki ke kolej dahulu.

Jam 12:30 malam : menaiki bas Economy untuk bertolak balik ke Kajang.

Jam 01:00 pagi : bas bergerak meninggalkan Penang Sentral dengan merempuh hujan lebat.
*bas berhenti di hentian sebelah jin bertendang sebab hujan terlalu lebat sebelum meneruskan perjalanan*

Jam 05:18 pagi : Bas tiba di Hentian Sebelah Sungai Buluh untuk menurunkan penumpang pertama.

Jam 05:35 pagi : Bas tiba di Hentian Duta menurunkan sebahagian penumpang.

Jam 05:52 pagi : Bas tiba di Pudu Central dan menurunkan saki baki penumpang yang ada. Penumpang ke destinasi Kajang di transfer ke dalam bas Shamisha dan meneruskan perjalanan ke destinasi dijanjikan.

Jam 06:05 pagi : Bas tiba di Hentian Bas Kajang.
*bersarapan roti canai cheese di kedai makan berhampiran*

Jam 07:45 pagi : Bergerak ke kawasan asrama kolej dengan menaiki teksi.

Jam 09:00 pagi : Berjalan kaki ke kolej. Memulakan sesi pendaftaran. 

Jam 09:45 pagi : Pendaftaran selesai. Tapau nasi untuk makan tengah hari. Check in room A173 Desa Siswa Kolej. 

Jam 01:45 petang : Siap mengemas segala macam barang.



Namun, disebalik itu..... Hati aku tersangat walang dan hiba... Akhir semester lepas, pelbagai peralatan dan barang keperluan aku yang masih terlampau banyak kandungannya aku tinggalkan di dalam stor yang khas buat para pelajar. Semasa aku masuk ke dalam stor untuk mengambil barang-barang yang aku simpan tadi, beberapa barang-barang keperluan aku telah hilang !


Banyak sangat barang aku yang hilang.

  1. Periuk nasi elektrik berharga RM48.00 (aku baru pakai tak sampai setahun... beli pun dengan Mr. Captain...dah dicuri orang...huhuhu)
  2. Set cadar berharga RM38. (Baru je beli pertengahan semester lepas)
  3. Tuala tebal saiz besar pemberian mak cik. 
  4. Perkakas mandi. (Sabun cecair Protex satu botol penuh, gayung, baldi, dan berus )
  5. Softener 1kg belum pakai.
  6. Sabun dan peralatan mencuci tandas.
  7. Selipar tandas.
  8. Minyak masak 1kg.

Selepas membersihkan seluruh ruangan bilik, mengangkat barang-barang yang ditinggalkan di dalam stor, mengemas pakaian dan susun dalam almari, dan makan tengah hari, aku terkunci pulak dari luar bilik. Ni semua gara-gara pintu bilik adalah pintu yang automatik terkunci apabila ditutup. Hampeh betul bilik nih ! Haish, geram aku ! Nasib baik ada member kat bilik sebelah... Mintak tolong dia ambilkan kunci kat pejabat, baru aku boleh masuk dalam bilik. huuuu, naya sungguh !


Niat hati memang nak keluar mencari barang-barang keperluan yang telah disonglap. Tapi kepenatan tubuh badan yang tak hilang-hilang ni buat aku rasa sangat malas nak keluar. Tak pe, perkakas mandi aku ada spare... Esok je lah aku pi Warta cari barang dalam supermarket Giant tu... Nak kena beli jugak stok baru.
Stok basah confirm la tak perlu beli sebab tak ada peti sejuk. Tapi, stok kering macam maggi, roti, nutella, koko krunch, corn flakes,  buah-buahan, kurma. kismis, sardin, biskut cream cracker Hup Seng, dan nesvita pun kena beli jugak. Tu makanan asasi yang wajib tu! huhuhu   -> Ini wajib beli dan sepatutnya makan bila tiba hujung bulan sahaja.. bila stok tinggal separuh, wajib kena tambah baru. Kalau tak, nanti aku yang kebulur. huhuhu


Dan makan malam ni ???
perut dah mula berkeroncong lagu Metallica dah ni... jap lagi bertukar pulak masuk lagu Linkin Park pulak... huhuhu.. Jom pi cari burger kat kedai Mak Cik Depan a.k.a Mc'D.. hehehe








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Banjir: Punca dan Cara Mengelakkan - Banjir adalah salah satu bencana alam yang kerap melanda di banyak kawasan, terutama di kawasan rendah dan padat penduduk. Kesan daripada banjir bukan sa...
    2 minggu yang lalu
  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    8 bulan yang lalu
  • Macam Dulu - 12 Februari 2020 Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan t...
    4 tahun yang lalu
  • BAS dan BAS - *UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI* *Tambah* mana yang kurang, *ambil* mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaup...
    5 tahun yang lalu
  • CABUT GIGI GERAHAM DAN DRY SOCKET.. - Assalammualaikum.. Serius tak sedar dah dua bulan aku tak update apa-apa..baru cadang nak rajin blogging tahun ni..lupa dowh nak bukak blog bila dah akti...
    5 tahun yang lalu
  • KEMBARA - Kita Tiada - Tiapa apa. Aku jadi ingat. Duka itu ubati lupa. Sangka baik. Percaturannya Dia itu hebat. Indah dan tepat. Hanya Dia saja yang ada....
    7 tahun yang lalu
  • Dua Ringgit Jer Untuk Hari Raya? KEDEKUT! - *Kanak-Kanak yang masih kecil * : *Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm* *Orang Dewasa Yang Sangat Dewasa * : *Walaalaikumsalam. Wah ramainy...
    8 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendid...
    9 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    11 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    12 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu