Ada banyak yang ingin dikongsikan, yang ingin diluahkan di sini. Tapi bagai ada sesuatu yang menyekat kebenaran dan hati untuk terus menulis tentang kehidupan...
Suasana sekarang dengan suasana dulu tak sama
kesunyian sekarang dengan kesunyian dulu lain
kemeriahan sekarang dan kemeriahan dulu berbeza
Bagai ada satu jurang di tengah-tengah perhubungan... tak kiralah perhubungan apa jua sekalipun... persahabatan, percintaan, mahupun kekeluargaan terlihat begitu besar jurang yang timbul. Jurang yang aku sendiri tak tahu kenapa ia timbul. Ia jernih, tidak kelihatan, bagai boleh ditembusi... namun hakikatnya jurang itu terlalu sukar untuk dilepasi.
Aku terasa ada sesuatu yang menghalang aku untuk terus berdiri dengan sempurna. Terasa segalanya hanyalah sesuatu yang pura-pura...senyum yang dipaksa-paksa...yang kadangkala membuat jantung aku terus bergelora hingga tubuhku terketar diambung rasa...
Acapkali aku mahu melepaskan diri dari gegelung rindu, tapi sayang... aku sendiri tak tahu siapa pemilik sebuah kerinduan yang sedang aku alami...
sekali lagi
di sudut nan sempit
sering diintai kelam
tika jasad terus dihimpit
dan nadi terasa terhenti
bagaikan tiada udara di sini
ada bayang pada mimpi
mungkinkah ada rindu lagi
pada kenangan abadi sekali lagi?
HAdira Kifly
Arjuna Hati
Bandar Baru Bangi
17082010 , 15:43