![]() |
Credit to: Imannurbalqis.blogspot.com |
Cuti semester sudah hampir tiba ke garisan penamat. Ada lagi beberapa hari untuk aku kembali ke kolej menghadiri kuliah. Semangat nak kembali ke kolej semakin luntur bila mendapat tahu jadual kelas telah dirombak oleh pihak pengurusan. Seperti tahun-tahun sudah, sepatutnya kelas kami bermula pada pukul 08:40 pagi. Namun disebabkan oleh jumlah pelajar baru di kolej semakin meningkat diikuti dengan ketiadaan penambahbaikan prasarana yang masih ditahap yang lama, pihak kolej mengalami masalah besar untuk menempatkan para pelajar. Bermulanya semester baru kali ini, kelas pengajian akan bermula pada pukul 08:00 pagi.
Bila dah terlalu ramai pelajar yang mendaftar di kolej, maka kelas akan menjadi terlalu padat. Pelajar baru semester satu kali ini juga menunjukkan peningkatan yang tiada tandingannya. Itu baru pelajar yang di mengikuti jurusan pengajian perniagaan dengan usahasama UiTM, belum lagi pelajar-pelajar Naungan Bersatu Rasmi Kolej (NBRK) . Bila pelajar NBRK dah masuk nanti, macam mana lah agaknya suasana kat Kolej tu nanti ye ? Mesti sesak yang amat. Mesti kualiti yang ada semakin tidak terjamin sebab tiada penambahbaikan prasarana. huhuhu
Masalah kedua adalah masalah kawasan letak kenderaan. Masalah ni sudah menjadi masalah biasa sejak bertahun lamanya dan masih tiada jalan penyelesaian. Bagi aku, bina saja tempat letak kenderaan bertingkat di kawasan tempat letak kenderaan yang ada. Mungkin masalah yang timbul dapat diselesaikan dan para pelajar tidak lagi disaman kerana melanggar kesalahan jalanraya. Siapa suruh korang buat double parking ? Kan dah kena saman. Lain kali, datang awal ye, so tak payah risau nak kena saman dengan pak polisi.
Tapi, tu la... Banyak kali dah cadangan dibuat. Depa tak mao dengar. Depa buat tak tau saja. Nasib hampa la. Aku bukan bawak kereta atau motorsikal pi kolej. Aku jalan kaki saja. Jimat ! Kalau rasa-rasa aku ni kaya, pi kolej aku naik teksi atau orang Jermen kata cab. hehehehe.. Tak de lah aku nak salahkan pihak kolej kata tak sediakan kawasan parking yang cukup. Sebab aku tak perlu kata macam tu pun.. hehehe
Dan masalah ketiga yang aku nampak adalah masalah makanan di cafe kolej. Masalah sama sejak beberapa semester lepas. Sebelum ni kolej hanya menerima pelajar pengambilan Diploma jurusan Pengajian Perniagaan sahaja. Namun sejak lewat semester yang lalu, Kolej menerima masuk pelajar Ijazah jurusan sama pula. Dengan kemasukan pelajar-pelajar ijazah (Conventry), keadaan di dalam cafe menjadi terlalu sesak. Sudah tiada ruang untuk kami duduk menghabiskan waktu sementara menunggu peralihan waktu ke kelas seterusnya. Kalau beli nasi pun, aku kena bungkus dan makan di tempat lain. Samada aku makan di dalam kelas, di pondok-pondok wakaf berhampiran kelas, atau aku terpaksa bawa pulang ke dalam asrama untuk makan di dalam bilik. Sadis sungguh hidup aku... huhu
p/s: Lepas ni dapat ke aku makan tengah hari lagi kat cafe? Sempat ke nak dapat asam pedas ikan kembung yang sedap tu? Makanan yang disediakan pun bukan banyak pun. Diorang hidang sekali masak je. Bila dah habis, diorang tak masak lagi dah. Nak cari makanan kat Bavaria atau Big Plate? kat situ ramai budak2 lelaki dari Malaysia France Institute la... Diorang suka melepak kat situ lepas habis kelas.. Aku tak suka dah pi beli makanan kat sana... huuhuhuu
Nampak gayanya...lepas ni semakin kerap lah aku masak nasi lauk sardin kat dalam bilik tu.. Makan sorang-sorang... Roommate aku pun bukan makan sardin. Alahan resdung kuat sangat.. Lagi pun, aku masak bukan sedap sangat pun.. tak kena dengan tekak diorang tu.. huhuhuhu... ^_^