Isnin, 2 Julai 2012

Rindu Bayang-Bayang







Lagu "Rindu" berdering... 

Satu panggilan asing menyahut minta panggilannya dijawab segera. Panggilan di sana bersambung dengan panggilan di sini. Yang di sana mengenalkan diri dengan nama "kawan lama" yang dah empat tahun tak bertegur sapa, kawan lama yang selalu lepak bersama waktu zaman sekolah dulu, yang berbalas utus kad raya, yang selalu mampu membuat hari-hari duka menjadi indah, yang mampu membuat hati bergegar dengan tawa dan ceria, yang mampu mengukirkan senyum indah di bibir milik seorang aku, yang membuat aku rindu dicuit hidung jambu dan pipi gebu, yang membuat aku menyimpan rindu dan kasih, dan yang telah terukir namanya sekian dulu... 








Mampukah nada itu sama seperti dahulu ? Mampukah aku menjelmakan diri di rangkaian waktu bagai tiada apa yang berlaku ? 



Antara rasa rindu yang terbit di dalam jiwa, rindu buat sahabat-sahabat di zaman sekolah adalah rindu yang tidak mampu aku lepaskan... Maafkan aku kawan, ada jurang yang tidak kelihatan yang membuatkan aku tak dapat mencapai awan-awan gemawan yang telah kita coretkan bersama dahulu... 



Rindu itu asing dari aku untuk kamu sejak kau katakan rindu itu bukan dituju buat aku... 





BAYANG-BAYANG RINDU

Ada sendu dalam rindu
ada getar dalam kalbu
ada jiwa yang merintih sayu
saat kau ucapkan rindu
dan setia itu milikku

tidakkah kau sedar?
kasihku kian pudar
saat hatiku telah nanar
saat cintaku jauh kau lontar

terbanglah layang
di balik bayang-bayang
tinggalkan kasih demi sayang

HAdira Kifly
Bandar Baru Bangi
Arjuna Hati
01072012 , 22:16





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Banjir: Punca dan Cara Mengelakkan - Banjir adalah salah satu bencana alam yang kerap melanda di banyak kawasan, terutama di kawasan rendah dan padat penduduk. Kesan daripada banjir bukan sa...
    2 minggu yang lalu
  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    8 bulan yang lalu
  • Macam Dulu - 12 Februari 2020 Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan t...
    4 tahun yang lalu
  • BAS dan BAS - *UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI* *Tambah* mana yang kurang, *ambil* mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaup...
    5 tahun yang lalu
  • CABUT GIGI GERAHAM DAN DRY SOCKET.. - Assalammualaikum.. Serius tak sedar dah dua bulan aku tak update apa-apa..baru cadang nak rajin blogging tahun ni..lupa dowh nak bukak blog bila dah akti...
    5 tahun yang lalu
  • KEMBARA - Kita Tiada - Tiapa apa. Aku jadi ingat. Duka itu ubati lupa. Sangka baik. Percaturannya Dia itu hebat. Indah dan tepat. Hanya Dia saja yang ada....
    7 tahun yang lalu
  • Dua Ringgit Jer Untuk Hari Raya? KEDEKUT! - *Kanak-Kanak yang masih kecil * : *Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm* *Orang Dewasa Yang Sangat Dewasa * : *Walaalaikumsalam. Wah ramainy...
    8 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendid...
    9 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    11 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    12 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu