Sabtu, 23 April 2011

Hari Buku Sedunia


Credit Photo : langlangbahasa.blogspot.com
Tarikh 23 April 2010 adalah hari buku sedunia.
Dari segi sejarahnya, tarikh ni amat istimewa bagi bangsa Sepanyol. Tarikh tu adalah hari memperingati kematian pengarang besarnya iaitu Miguel de Carvantes yang menulis karya klasik Don Quixote de la Mancha. Ia juga tarikh kematian beberapa pengarang besar dunia seperti William Shakespeare, Inca Garcilaso de la Vega, dan Joseph Pla.


Jumaat, 22 April 2011

Hari Bumi



Sejarah Hari Bumi 22 April
Hari Bumi merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza, kedua-duanya diadakan setiap tahun ketika musim bunga di hemisfera utara, dan musim luruh di hemisfera selatan. Hari ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi, yang dimulakan oleh John McConnell pada 1969, setiap tahun ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari 1970, ia juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada 22 April.

Sempena Hari Bumi tahun ni, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Bumi. Heehehe.. Bersama-sama lah kita menjaga alam sekitar ye.. heehe.. Untuk tu, aku tengah buat something sempena hari bumi ni. Tapi benda ni ambil masa dalam dua hingga tiga bulan jugak nak siap. So, aku harap korang bersabar ye nak tahu isi hati cerita lanjut dari aku. (Ceh, budget ada je orang nak tahu perkembangan aku! haha)

Happy Earth Day!! :)
tata.. :)

Khamis, 21 April 2011

Di Dunia Kampus..!!

Aku dah sampai kat hostel..!!! 
wee,woo,wee,woo.... ehehehe.. 
Seronoknya bila balik dari kampung.. Macam-macam aku buat.. Sampai rumah je, mengadu kat mak sebab lapar. Mak cakap,

"Dah, cepat gi makan. Mak nak ke rumah nyai jap lagi.
 Nak singgah rumah Mak Long dengan rumah Kak Jot. Anak Kak Jot excident hari tu."

Aku terus cakap nak ikut. Ape lagi, makan la apa yang mak masak. phew, mak buat ayam kampung masak ungkep la siot!!! Fulamak!!! aku tabik spring laa... favorite aku tu.. hehe.. tapi sorry la.. tak menyempat nak ambil gambar nak tunjuk kat dunia semua..  

Selasa, 19 April 2011

Ke Selatan Dunia.


Maaf ye.. Sejak cuti Revision week minggu lepas, aku tak ada banyak masa nak update blog ni. Maklumlah, dari utara aku turun ke barat, kemudian aku balik ke selatan. Lama dah tak balik kampung sejak cuti Thaipusam yang lepas. Ada juga perubahan kat sini kan? Baru sekejap aku tak ada di sini, ada saja yang berubah. Khabar pemergian seorang dua jiran di sini juga aku terima petang semalam. Al-fatihah aku ucapkan.

Walaupun cuti tak panjang, cuti 3hari kat sini, aku nak manfaatkan sebaik mungkin.. InsyAllah, bulan depan, lepas habis final exam ni, habis je semua urusan di kolej, aku akan balik lagi. Mungkin dalam jangka waktu yang lebih lama. Seminggu atau mungkin dua minggu. Semua bergantung kepada keadaan..

Apapun, semua cerita tentang dunia selatan ni, aku akan update semula bila aku dah kembali ke kolej. Itu pun, mungkin selepas semua tugasan aku berakhir..

End..
p/s: bloging via opera mini mobile. Everything is new. There are too much need to learn.. ;)




Sabtu, 16 April 2011

Lelaplah Mata

Malam dah lama berlalu, tapi mata aku masih tetap segar tak terlena. Berkali dah aku pejamkan mata ni, tapi masih juga tetap terbuka. Kenapa ya, malam ni susah sangat nak tidur? Sebelum terlelap tadi pun, ambil masa yang lama baru terlena. Hm... 


Malam ni, aku masih sendiri. Berada di dalam bilik yang luas, tapi kosong. Sepi tanpa gurau senda dari penghuninya. 
Gurau Senda?
Bagaimana mungkin? Ah, persetankan! Aku dah lali dengan keadaan ni.






Selasa, 12 April 2011

Dua Dalam 1


Heehe.. :) Boleh agak tak, gambar kat atas ni, waktu apa? Siapa yang nak jawab, angkat tangan!! 
hahaha.. Macam budak kecik je.. Tak payah la angkat tangan segala bagai. hehe.. Meh sini aku cerita.

Isnin, 11 April 2011

Dalam Dunia Yang Sepi

Cepat je waktu berlalu hingga aku tak sedar yang dah sebulan aku duduk kat hostel ni sorang-sorang. Memandangkan sebelum ni aku hanya berdua dengan Shikin, so sejak roomate aku dah pindah rumah sewa, aku hidup tak berteman dalam bilik ni. Pagi petang siang malam aku sendiri. Dah tak ada lagi teman bergurau senda waktu menghilangkan penat setelah seharian berada di luar. Dah tak ada rakan yang menegur bila masuk bab study. Bila tak boleh tidur macam ni, baru terasa sepi dan sunyi. Teringat kenangan-kenangan lalu buat aku rasa sayu.

Jumaat, 8 April 2011

Hari Bahasa Kolej

:) Senyum. heehe. Kali ni, aku nak cerita pasal Hari Bahasa yang Kelab Bahasa Kolej aku anjurkan pada 18 Mac 2011 yang lalu. (gelak lah tengok berapa kuno nya cerita aku ni.. hehe)

Aku diberitahu, ada beberapa pertandingan diadakan sempena hari bahasa ni. Pertandingan syair, deklamasi sajak, pidato dan pertandingan mempromosi kelab bahasa oleh pelajar Pengajian Am telah diadakan. Sebenarnya aku tak berapa nak sihat hari tu. Memandangkan majlis pun berlangsung pada hari jumaat, jadi aku buat keputusan untuk ke kolej agak lambat. Sampai kat Kolej je, aku terus ke blok di mana Majlis berlangsung. Masuk-masuk je, pertandingan pidato dah habis. Aku sempat tengok pertandingan syair dan sajak je. 

Rabu, 6 April 2011

Happy Birthday Dalam Dunia Idani

عيد ميلاد سعيد
Allah Selamatkan Kamu.
Happy birthday to you.
Felix dies natalis tibi.

:) Happy Birthday, Idani!!!

Isnin, 4 April 2011

Citrawarna

hehe.. Macam yang aku dah bagi tahu semalam, aku ada ke sebuah kolej atas jemputan ke Program Citrawarna. Pagi tu, ada pertandingan permainan tradisional iaitu congkak, galah panjang, guli dan ting-ting. Untuk memeriahkan majlis, kami dijemput untuk mewakili kolej dalam pertandingan-pertandingan tersebut. Disebabkan pihak kolej dah menyatakan persetujuan untuk menghantar kami sebagai peserta, secara tak langsung, aku turut ada di situ sebagai seorang peserta. :)


Ahad, 3 April 2011

Majlis Perwakilan Pelajar Tak Jalankan Tanggungjawab!

Baru-baru ni, masa aku tengah bercuti di rumah keluarga aku, aku dapat panggilan daripada pihak kolej. Mereka tawarkan pada aku untuk ikut serta dalam lawatan ke sebuah kolej yang sedang menganjurkan program Citrawarna. Aku tertarik nak turut serta sebab ada Pementasan Teater Mak Yong dekat sana. Tanpa berlengah, aku terus setuju nak ikut program tu. 
Pementasan Teater Mak Yong

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Banjir: Punca dan Cara Mengelakkan - Banjir adalah salah satu bencana alam yang kerap melanda di banyak kawasan, terutama di kawasan rendah dan padat penduduk. Kesan daripada banjir bukan sa...
    2 minggu yang lalu
  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    8 bulan yang lalu
  • Macam Dulu - 12 Februari 2020 Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan t...
    4 tahun yang lalu
  • BAS dan BAS - *UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI* *Tambah* mana yang kurang, *ambil* mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaup...
    5 tahun yang lalu
  • CABUT GIGI GERAHAM DAN DRY SOCKET.. - Assalammualaikum.. Serius tak sedar dah dua bulan aku tak update apa-apa..baru cadang nak rajin blogging tahun ni..lupa dowh nak bukak blog bila dah akti...
    5 tahun yang lalu
  • KEMBARA - Kita Tiada - Tiapa apa. Aku jadi ingat. Duka itu ubati lupa. Sangka baik. Percaturannya Dia itu hebat. Indah dan tepat. Hanya Dia saja yang ada....
    7 tahun yang lalu
  • Dua Ringgit Jer Untuk Hari Raya? KEDEKUT! - *Kanak-Kanak yang masih kecil * : *Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm* *Orang Dewasa Yang Sangat Dewasa * : *Walaalaikumsalam. Wah ramainy...
    8 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendid...
    9 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    11 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    12 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu