Selasa, 30 Oktober 2012

Hot Air Ballon 'Panas'.


Credit to: skolblog.wordpress.com 


Menggigil. Berdebar. Berpeluh. Panas. Sebu. Sebak. Sesak. Itu apa yang aku rasa sekarang. Rasa yang akan aku rasa sewaktu ada api yang membakar gua dan lohong di Bukit Batu. Batu-batuan di dalam gua dan lohong kian membara dan aku terasa cukup tersiksa. Belon udara panas milik aku turut terasa lemah dan longlai, tidak mampu untuk membawa aku terbang jauh ke destinasi tiap waktu, detik dan ketika yang aku ingini. Belon udara panas milik aku sangat menagih dan menanti aku untuk mengisi semula udara panas. Tanpa menunggu barang sesaat, aku bergegas mencari gas untuk memanaskan udara sekeliling. 

Belon-belon udara panas yang dulunya tumpat itu kosong tidak berisi lagi. Saat aku mengambil dan memenuhi  belon panas dengan udara panas, telah datang pemilik belon udara panas lain untuk sama-sama mengisi belonnya. Bekalan yang ada di tangan tidak mencukupi. Namun, jauh di sudut hati agar belon-belon udara panas sama-sama dapat diisi. Saat tali dilepaskan untuk sama-sama naik ke udara, belon panas milik aku masih kosong tidak berisi. Gas-gas panas yang ada pada aku habis diisi ke dalam belon satu lagi langsung tidak meninggalkan barang sedikit pun gas panas untuk diisi dalam belon milik aku. Saat aku sedar belon panas satu lagi sudah mula terbang naik dan terus naik semakin tinggi, belon yang panas milik aku semakin panas. Belon yang bulat tidak lagi bulat. Belon yang sihat itu semakin lemah, bernanah. 

Namun belon yang panas tidak cukup kuat untuk menarik semula belon yang telah terbang naik ke atas. Sudah tidak ada apa yang tersisa di sudut kiri dunia untuk diisi semula di dalam belon udara panas. Masin-masing mengambil keputusan untuk tidak naik ke udara melainkan pemilik belon yang datang secara tiba-tiba. Dan simboliknya, belon panas milik aku kian layu, lembik, tidak punya apa yang tersisa. Ya, aku tahu hiperbola ni terlalu gila, tak masuk akal, dan mengarut. Tapi, ini apa yang aku rasa. Ini yang sedang berlaku dan aku tak boleh nak tipu. Tak semua benda yang berlaku dalam hidup kita, kita boleh terima dengan penuh rela hati. Sebab setiap orang punya citarasa yang berbeza. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Banjir: Punca dan Cara Mengelakkan - Banjir adalah salah satu bencana alam yang kerap melanda di banyak kawasan, terutama di kawasan rendah dan padat penduduk. Kesan daripada banjir bukan sa...
    2 minggu yang lalu
  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    8 bulan yang lalu
  • Macam Dulu - 12 Februari 2020 Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan t...
    4 tahun yang lalu
  • BAS dan BAS - *UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI* *Tambah* mana yang kurang, *ambil* mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaup...
    5 tahun yang lalu
  • CABUT GIGI GERAHAM DAN DRY SOCKET.. - Assalammualaikum.. Serius tak sedar dah dua bulan aku tak update apa-apa..baru cadang nak rajin blogging tahun ni..lupa dowh nak bukak blog bila dah akti...
    5 tahun yang lalu
  • KEMBARA - Kita Tiada - Tiapa apa. Aku jadi ingat. Duka itu ubati lupa. Sangka baik. Percaturannya Dia itu hebat. Indah dan tepat. Hanya Dia saja yang ada....
    7 tahun yang lalu
  • Dua Ringgit Jer Untuk Hari Raya? KEDEKUT! - *Kanak-Kanak yang masih kecil * : *Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm* *Orang Dewasa Yang Sangat Dewasa * : *Walaalaikumsalam. Wah ramainy...
    8 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendid...
    9 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    11 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    12 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu