scene yang paling aku rindu... credit to: thebestcartoonwallpaper |
Mungkin akan ada yang sering terbit dalam hati mereka tentang persoalan mengapa aku sering berjalan ke mana-mana sendiri. Sampai pernah ada yang kata aku ni creepy lonely, wujudnya istilah self-journey buat aku dari mulut rakan-rakan. Kali ni aku terdetik nak menterjemah... er, lebih betul lagi sebenarnya nak mengolah apa yang menyebabkan aku mengambil tindakan sedemikian. Bukan untuk membuka pekung di dada, sekadar untuk membuka mata kalian tentang realiti kehidupan yang cukup *skiptikal dalam hidup aku.
Kala kau nak tahu, "Single is simple and couple is trouble" dah memang jadi trademark aku sejak zaman sekolah lagi. Perkataan tu luas. Bukan setakat dalam hubungan percintaan, hatta dalam hubungan persahabatan pun boleh diambil kira. Aku mengaku, masa sekolah dulu, aku banyak kali patahkan hati lelaki durjana kat sekolah. 'Ikan kelah tak makan roti gardenia der.' Tak pernah luput bila bunga-bunga cinta dimasukkan dalam tong sampah, surat cinta dihumban dalam longkang, daun yang ditulus dengan ayat-ayat semanis tebu dibuat alas kucing makan sisa makanan, susu dalam air kotak diberi pada pelajar bawahan dan epal kiriman mereka jadi santapan waktu rehat rakan-rakan. Tapi, ada dasarnya kenapa aku buat macam tu. Tu semua disebabkan .....gangguan cik pon di malam hari yang suka suki nak tidur sebelah aku. -_-'
Kalau kau orang yang paling rapat dengan aku, kau mesti dapat mentafsir dengan pandangan akal yang cukup dalam bahawa aku cukup fobia dengan macam-macam benda. Ya, aku cukup fobia dengan kawan yang sanggup makan kawan, yang akan musnahkan dan ranapkan hati, jiwa dan seluruh kehidupan. Tak kira lah lelaki ke perempuan. Kadang-kadangkalau dalam hidup aku selalu, dalam adik beradik pun boleh jadi. Apatah lagi sedara-mara, jiran tetangga.. Semua tu jadi penyebab nombor satu kenapa aku menerbitkan jurang seluas dunia terbentang untuk menjadi kawan orang-orang yang di luar sana. ---Aku kawan dengan kau? Kita lain. dalam blog ni macam aku kawan dengan skrin laptop je.. grrr---
Tak cukup tu, aku paling menyampah kalau ada kawan yang akan cakap belakang pasal aku. Aku memang suka kalau kau nak tambahkan pahala aku. Tapi, aku tak nak kau jadi dosa sebab aku. Ya, aku tak nak kau lapah daging mak kau dekat akhirat sana. Biar pun aku tak kesah kau nak jugde aku macam mana teruk sekali pun, cukup lah kalau kau tak menjaja pasal aku kat orang lain. Aku tak suka. Aku datang kat sini nak study, aku datang sini bukan nak jual diri.
Pulak tu, aku paling anti bila ada yang akan mempertikaikan dan memuji setiap apa yang aku lakukan. Bila belum rapat pun dah tanya ... Sorang je ke? ... Roomate kau memang selalu balik eh? Kau tak date dengan Mr. Captain ke? dan so on.. Kalau pasal aku dan roomate aku, aku boleh lagi tapis dan bagi jawapan dengan jungkitkan bahu sambil kepala ditelengkan ke kiri. Tapi bila hal pribadi aku kau dah tanya depan kawan-kawan kau...memang kau bukan seorang perempuan yang akan aku jadikan kawan. Sedara mara aku pun aku tak layan atas alasan yang sama, ni kan lagi aku nak layan perempuan yang macam ni. Aku tak gila lagi kalau nak beli tiket "Musnahkan hidup sendiri". what so girl stuff?? ergghh!
Lagi....aku suka kalau keluar sorang-sorang. Bergerak sendiri. Kalau ada kawan yang ikut, nanti akan kata, aku dah penatlah..kita rehat je lah..kita stop sampai sini je lah, esok kita sambung balik.. Benda-benda macam ni yang aku paling tak suka. Kan senang kalau buat kerja sekali jalan. Tak perlu nak berulang-ulang kalau benda tu memang boleh disiapkan dengan sekali buat. Cepat sangat patah semangat, lembik, tak ada keyakinan yang tinggi, suka merendahkan kemampuan diri dan macam-macam lagi kelemahan yang tak sepatutnya ada. Maaflah, aku memang suka smash roomate aku kalau dia orang punya keyakinan tu dah jatuh tahap masuk dalam gaung. indeed, aku sangat happy bila dapat salurkan segala keyakinan aku dalam diri dia orang.
Lepas tu.... ah, malas aku nak taip banyak-banyak. Yang penting, Jane masih nak lagi bercakap dengan Tarzan walaupun Jane sebenarnya keliru kenapa Tarzan membisu. Jurang itu perlu ada walaupun sebenarnya susah nak diterima dek akal orang lain. Dan buat kau yang kat luar sana tu, jangan pernah tanya dan suruh aku cari kawan-kawan kat dunia nyata ni untuk dibuat kawan rapat. Kawan jumpa sekali-sekala, buat berjimba-jimbi tak apa... Kalau kawan yang nak memusnahkan hidup aku, bersiap-sedia dengan keris bertanjak pelindung diri aku. sekian.
There you go!
Kala kau nak tahu, "Single is simple and couple is trouble" dah memang jadi trademark aku sejak zaman sekolah lagi. Perkataan tu luas. Bukan setakat dalam hubungan percintaan, hatta dalam hubungan persahabatan pun boleh diambil kira. Aku mengaku, masa sekolah dulu, aku banyak kali patahkan hati lelaki durjana kat sekolah. 'Ikan kelah tak makan roti gardenia der.' Tak pernah luput bila bunga-bunga cinta dimasukkan dalam tong sampah, surat cinta dihumban dalam longkang, daun yang ditulus dengan ayat-ayat semanis tebu dibuat alas kucing makan sisa makanan, susu dalam air kotak diberi pada pelajar bawahan dan epal kiriman mereka jadi santapan waktu rehat rakan-rakan. Tapi, ada dasarnya kenapa aku buat macam tu. Tu semua disebabkan .....gangguan cik pon di malam hari yang suka suki nak tidur sebelah aku. -_-'
Kalau kau orang yang paling rapat dengan aku, kau mesti dapat mentafsir dengan pandangan akal yang cukup dalam bahawa aku cukup fobia dengan macam-macam benda. Ya, aku cukup fobia dengan kawan yang sanggup makan kawan, yang akan musnahkan dan ranapkan hati, jiwa dan seluruh kehidupan. Tak kira lah lelaki ke perempuan. Kadang-kadang
Tak cukup tu, aku paling menyampah kalau ada kawan yang akan cakap belakang pasal aku. Aku memang suka kalau kau nak tambahkan pahala aku. Tapi, aku tak nak kau jadi dosa sebab aku. Ya, aku tak nak kau lapah daging mak kau dekat akhirat sana. Biar pun aku tak kesah kau nak jugde aku macam mana teruk sekali pun, cukup lah kalau kau tak menjaja pasal aku kat orang lain. Aku tak suka. Aku datang kat sini nak study, aku datang sini bukan nak jual diri.
Pulak tu, aku paling anti bila ada yang akan mempertikaikan dan memuji setiap apa yang aku lakukan. Bila belum rapat pun dah tanya ... Sorang je ke? ... Roomate kau memang selalu balik eh? Kau tak date dengan Mr. Captain ke? dan so on.. Kalau pasal aku dan roomate aku, aku boleh lagi tapis dan bagi jawapan dengan jungkitkan bahu sambil kepala ditelengkan ke kiri. Tapi bila hal pribadi aku kau dah tanya depan kawan-kawan kau...memang kau bukan seorang perempuan yang akan aku jadikan kawan. Sedara mara aku pun aku tak layan atas alasan yang sama, ni kan lagi aku nak layan perempuan yang macam ni. Aku tak gila lagi kalau nak beli tiket "Musnahkan hidup sendiri". what so girl stuff?? ergghh!
Lagi....aku suka kalau keluar sorang-sorang. Bergerak sendiri. Kalau ada kawan yang ikut, nanti akan kata, aku dah penatlah..kita rehat je lah..kita stop sampai sini je lah, esok kita sambung balik.. Benda-benda macam ni yang aku paling tak suka. Kan senang kalau buat kerja sekali jalan. Tak perlu nak berulang-ulang kalau benda tu memang boleh disiapkan dengan sekali buat. Cepat sangat patah semangat, lembik, tak ada keyakinan yang tinggi, suka merendahkan kemampuan diri dan macam-macam lagi kelemahan yang tak sepatutnya ada. Maaflah, aku memang suka smash roomate aku kalau dia orang punya keyakinan tu dah jatuh tahap masuk dalam gaung. indeed, aku sangat happy bila dapat salurkan segala keyakinan aku dalam diri dia orang.
aku tahu aku sketch tak cantik. tapi, aku tak kesah kalau korang nak gelak. |
Lepas tu.... ah, malas aku nak taip banyak-banyak. Yang penting, Jane masih nak lagi bercakap dengan Tarzan walaupun Jane sebenarnya keliru kenapa Tarzan membisu. Jurang itu perlu ada walaupun sebenarnya susah nak diterima dek akal orang lain. Dan buat kau yang kat luar sana tu, jangan pernah tanya dan suruh aku cari kawan-kawan kat dunia nyata ni untuk dibuat kawan rapat. Kawan jumpa sekali-sekala, buat berjimba-jimbi tak apa... Kalau kawan yang nak memusnahkan hidup aku, bersiap-sedia dengan keris bertanjak pelindung diri aku. sekian.
p/s: Sorry, tajuk memang takde kaitan dengan entri. Aku cuma teringat waktu aku ikut abang dan sepupu-sepupu aku panjat pokok masa kecik-kecik dulu. hehh :p
Dan entri asal sebenarnya dah dipadam. Disebabkan Capital H dah terbaca dan terkomen, aku revert to draft je balik entri tadi dan ganti dengan entri ni. heheh.. harap-harap memang cuma H je yang baca. kui kui kui..
Dunia ini penuh dengan hidup yang indah untuk dikupas, dan penuh dengan hidup yang sukar dirungkai.