Usah dipersoalkan mengapa jatuhnya air mata di pipi bunga. Kerana bunga tidak punya jawapan pasti untuk itu. Bunga ingin berlari jauh keluar dari galaksi bima sakti. Namun sayang seribu kali sayang. Bunga terlekat di bumi tidak berkaki. Nyawa bunga dicengkam bumi sekukuh irama seni.
Sekuntum bunga hijau kelihatan sedang bersedih di sebuah taman bunga. Si bintang yang perasan dengan keadaan bunga lantas bertaya, "Bintang, mengapa kamu bersedih?" "Bunga tak ada kawan. Kawan-kawan bunga semua dah tak ada. Bunga sorang-sorang," jawab bunga senada. "Bunga tak nak keluar ke? Bunga pergilah jalan-jalan." Bintang mengajukan pendapat yang dirasakan bernas olehnya. "Tak boleh bintang. Bunga takada kaki. Jasad bunga terlekat di bumi," jawab bunga lagi. Dengan perasaan marah, bintang berkata "Sudahlah! Bunga terlalu banyak memberi alasan. Ceriakan hidup sendiri boleh tak? Macam mana bunga nak bahagia kalau bunga tak nak bahagiakan diri sendiri?" Dengan sangat terkejut lantaran disergah begitu rupa, Bunga menangis seorang diri. Bintang pergi meninggalkan bunga tidak berteman.
Bunga semakin sepi dan terus-terusan sepi sendirian. Saban hari saban malam, bunga bercakap sendirian sambil merenung bulan dan awan di langit. Bunga memandang tanah kosong di sekitarnya yang telah hilang nyawa. Bunga semakin layu lantaran zat-zat di dalam tanah kian mati dan beku. Bagaimana bunga ingin membahagiakan dirinya? Apa saja yang mampu bunga lakukan sendirian? Ingin bermain, tiada teman mahu diajak bermain. Ingin bercakap, tiada hidupan lain yang mahu dilawan cakap. Sudahnya, kelopak bunga jatuh satu per satu. Hilangnya kelopak, maka hilanglah nyawa bunga gugur menyembah bumi.
Dinding itu telah hilang serinya. Layunya bunga, layu jugalah dinding hatinya. Sepinya bunga, sepilah hatinya. Berserinya bunga, berserinya dirinya.
Lee : Jay, kau dah lama tak bercakap dengan aku kan?
Jay : Kau busy. Aku tak nak kacau kau. Lagi pun, aku dah ada kawan-kawan baru kat sini.
Lee : Kau dah ada kawan baru?
Jay : Ya, buat ganti diri kau. Lagipun, kau tak suka aku ganggu kau waktu kau sibuk.
Lee : Kau marah aku.
Jay : Tak. Aku tak marah kau. Kau yang marah aku. Maafkan aku sebab masa tu aku memang tak ada siapa-siapa. Kawan-kawan aku semua tak ada di galaksi bima sakti, sebab tu aku call kau. Tapi aku salah waktu. Salah aku sebab call kau. Salah aku sebab aku tak tahu macam mana nak buat diri aku happy. Salah aku semua tu berlaku. Salah aku. Bukan salah kau.
Lee : Jay...
Jay : Lee, aku kena pergi dulu. bye.
Dan perginya Jay dari hidup Lee buat selama-lamanya. Mimpi itu masih kerap berulang tayang dalam tidur lelaki bernama Lee...