Saat nyawa dan jasad bercerai di liang lahad |
Salam Eid ul Adha dari sisi kiri dunia di sini. Semoga lembu, kambing, unta dan haiwan ternakan lain yang ditumbangkan dan dikorbankan Raya tahun ini diterima oleh Tuhan yang Satu. May it be blessed.
Sesaat sebelum Manja diQorbankan |
Siri 1: Kalsium karbonat -> Kalsium oksida + Karbon dioksida (CaCO3 -> CaO + CO2)
Tahun ni, kali kedua kiri sisi dunia mengorbankan seekor lembu. Pertama kali dahulu waktu aku masih comot berkeliaran di sana sini, masih terlalu liat untuk membantu, masih terlalu kecil untuk faham akan suasana keliling, masih belum mampu menafsir dari sudut mana aku perlu berfikir, dan waktu itu...aku masih belum kenal erti hidup. Kali kedua kini, aku sudah tidak comot biar aku berjalan ke sana sini, tidak lagi liat untuk membantu, sudah 'besar' untuk memahami keadaan sekeliling dengan hanya mendengar dan melihat, sudah bijak menafsir dan berfikir dengan pandangan di luar alam untuk mengolah kosa kata 'kurang baik' menjadi 'baik' kerana kini, aku sudah menjadi seorang aku.
Pada sayap kanan sisi kiri dunia, Dia punya 12 orang adik beradik. Pada sayap kiri sisi kiri dunia pula, Si Rusuk punya tiga orang abang tiri seibu yang dua darinya cukup mengambil berat akan kebajikannya. Seharusnya Dia, Si Rusuk dan seluruh keluarganya merasakan kemeriahan yang tiada tolok tandingannya seperti yang diharap-harapkan saban tahun, saban waktu. Namun tetap juga begitu. Sifat manusia memang begitu. Suka menongkat langit yang tinggi tak tergapai, gemar menongkah awan yang putih tak tercapai, sering memijak rumput yang rendah di tanah, acap kali melupakan pasir memtih di bawah putih hitam telapak kaki.
Buat entah yang ke berapa kali, Dia dan adik beradiknya mencakar tanah mencari hasil sesuap nasi untuk hari tua. Selepas kenduri malam itu, ada satu Perhimpunan Agong diadakan. Perhimpunan yang seboleh-bolehnya aku ingin elakkan. Usai aku menyudahkan segalanya, aku memohon diri untuk pulang wal hal, aku datang cukup lewat pagi sesaat sebelum lembu dipisahkan antara jasad dan nyawa. Tanpa hirau dari mata yang memandang, tanpa mendengar luah kata yang bersuara, aku dan si Hafiz pulang ke teratak usang milik bonda. Kerana sekangkang kera yang tidak seberapa, aku sering dilantun, dihumban dan ditikam kerana rapat dengan mereka yang ingin memijak tanah selebar gajah. Rumput di kaki, hanya aku yang memegang. Embun di hujung daun, menjelma selepas hadirnya malam. Terik mentari bersinar, hanya terasa bila hari sudah siang. Dan keluarga itu, tidak meriah dan ceria apabila helang dan gagak duduk semeja bersoal jawab tentang sesuatu isu yang berbangkit.
Siri 2: (Asid hidroklorik + Natrium Hidroksida -> Natrium Klorida + Air) (HCL + NaOH -> NaCl + H2O)
Tahun ni, tapak kaki dilangkahkan dengan cukup lebar. Tahi lalat di tapak kaki menguatkan semangat untuk kaki melangkah melangkaui pusingan simetri seantero dunia. Malam tadi bunga bakawali berkembang dengan cukup mekar. Kelihatan debu-debu putih naik dari debunganya membentuk sebentuk bidadari indah yang turun dari kayangan. Saat itu, seekor pepatung indah datang mendekat membawa bidadari terbang ke tasik madu. Beriringan mereka naik ke atas dedaun kiambang dan teratai indah berseri, menari-nari melebarkan sayap-sayap kasih hinggalah purnama hilang di balik awan pabila subuh kian menjelma.
credit to: mylittlevegetablegarden |
Tika fajar mula menyingsing bakawali mekar mula kuncup kembali, layu di tasik madu. Sang bidadari kayangan mula terbang menjauh perlahan-lahan dan hilang saat siang menjelang. Bagai pungguk menanti bulan, pepatung menanti hadirnya bidadari. Sedang aku masih belum mampu menitipkan barang satu kosa kata untuk diucapkan. Yang terluah, cuma senyum senang menghiasi bibir melebar hingga ke pipi. Yang tersisa, hanya karbon dioksida dari oksigen yang diterima. Ada taman dalam hati, indah berseri mekar mewangi. Semoga dua minggu lagi, kita akan bertemu melingkari waktu-waktu bahagia hingga hujung usia.
Oneng sedang meratah gearbox FM12. kami punya FH16. ngeeee |
Kamu yang di sana, nantikan aku ya. Aku rindu satu keluarga berkumpul bermesra dan aku membantu ibu kamu memasak di sana. Ingin ulangi memori indah itu bersamu kamu dan anak kamu. :)