Ahad, 21 Oktober 2012

Safe Journey....


ini coklat homemade yang kawan aku jual masa Christmas tahun lepas

Sudah hampir setahun berlalu, buih-buih rindu itu meletup lagi. Pecah satu persatu di dalam gelas besar air teh ais yang disedut airnya oleh seorang aku. Malam akan melabuhkan tirainya, fajar pula menanti di perbatasan waktu. Langit violet menanti matahari datang menyinari semula hidup yang samar dilitupi bayang-bayang suram. Embun semakin menitis di tirai jendela dan menanti untuk kering semula di hujung dedaunan. Cengkerik telah berhenti bernyanyi, ayam sudah mula berkokok nyaring, dan kucing sudah mula keluar memburu mencari sesuap tikus atau tupai di pagi hari. 

Malam ini, aku mahu lena sepuas mungkin. Kerana esok, Puteri Hang Li Do akan berangkat pulang ke Selatan dunia melalui Utara semenanjung gaza. Cuma waktunya belum dapat dipastikan lagi. Mungkin lewat petang, atau tengah terik matahari mencanak di atas kepala. Dengan serba hitam, aku ingin tinggalkan sangkar ini kosong tidak berorang. Semoga berjumpa lagi lewat November nanti. Ada lagi satu sesi sebelum aku melangkah ke dunia sebenar yang lebih besar cabarannya. Yang terdengar kini, hanya jerit pekik manusia melolong di jalanan, tidak berpuas hati apabila tertipu. Yang terbayang di ruang sempit ini, sesusuk tubuh meminta wang demi menyara hidupnya di kaki-kaki lima jalanan kebasahan dicurah hujan, di tengah hiruk pikuk kota beralas kotak leper, di bawah atap langit bulan dan matahari. Yang ternyata di hadapan mata kini, cuma sesisip sepi skrin bisu yang tidak lagi mampu mengeluarkan suaranya seperti dahulu.



Sebelum pulang, aku ingin dihidangkan sekeping roti keju dan segelas teh ais di kedai mamak berhampiran sangkar burung. Sebelum berlalu, aku ingin lewati kota millennium selepas senja. Aku ingin rasai detik sama berulang lagi seperti tujuh bulan sudah. Aku ingin berada di dalam komuter dan monorail sendirian, sambil memegang erat angin kosong. Aku ingin rasai detik aku berada di sisi dia di situ, memandang dia tanpa menyentuh wajahnya. Aku ingin tersenyum sambil berlari dari dia yang mengejar aku saat ingin memimpin aku ke jendela hatinya. Aku ingin lewati semuanya seperti aku lewati detik itu saban waktu aku di situ. Aku ingin damai di sisi dia, biar jauh beribu batu memisahkan.

Aku ingin berdiri menghadap awan-gemawan di langit, yang berkepul di latar kosong. Aku ingin berada di atas bumbung bangunan kosong sendirian, bagai lima tahun yang pernah berlalu dahulu. Aku rindu melewati waktu-waktu berlalu, biar hanya lapan saat di dalam mimpiku malam ini. Selamat Malam, Cicak. I Love You, Monyet. I Miss You, Katak. 



BUIH RINDU 
Kulangutkan wajahku
aku pandang langit biru
aku lihat larat awan di situ
ada asa yang membeku
dan aku berlalu
tertunduk wajahku 
saat buih - buih rindu
ada dikornea mataku 
HAdira Kifly
Puisi Sang Perindu
Bandar Baru Bangi
25092011 13:39

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Banjir: Punca dan Cara Mengelakkan - Banjir adalah salah satu bencana alam yang kerap melanda di banyak kawasan, terutama di kawasan rendah dan padat penduduk. Kesan daripada banjir bukan sa...
    2 minggu yang lalu
  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    8 bulan yang lalu
  • Macam Dulu - 12 Februari 2020 Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan t...
    4 tahun yang lalu
  • BAS dan BAS - *UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI* *Tambah* mana yang kurang, *ambil* mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaup...
    5 tahun yang lalu
  • CABUT GIGI GERAHAM DAN DRY SOCKET.. - Assalammualaikum.. Serius tak sedar dah dua bulan aku tak update apa-apa..baru cadang nak rajin blogging tahun ni..lupa dowh nak bukak blog bila dah akti...
    5 tahun yang lalu
  • KEMBARA - Kita Tiada - Tiapa apa. Aku jadi ingat. Duka itu ubati lupa. Sangka baik. Percaturannya Dia itu hebat. Indah dan tepat. Hanya Dia saja yang ada....
    7 tahun yang lalu
  • Dua Ringgit Jer Untuk Hari Raya? KEDEKUT! - *Kanak-Kanak yang masih kecil * : *Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm* *Orang Dewasa Yang Sangat Dewasa * : *Walaalaikumsalam. Wah ramainy...
    8 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendid...
    9 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    11 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    12 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu