Isnin, 15 Oktober 2012

Let They Follow You


credit to: addcovers.com



Deringan telefon memecahkan lamunan di pagi hari. Tiga saat deringan berbuyi, ia kembali senyap. Tangan mengambil telefon yang tertera nama yang sedang merindu. Bibir menggariskan seukir senyuman. Lantas didail semula memanggil yang merindu. Berbircara selama tiga minit menerbitkan senyum yang sinarnya naik ke mata. Diri bingkas bangun mensucikan diri. 

Lima belas minit kemudian, diri keluar dari lohong kosong yang tersepit di antara beratus-ratus sangkar burung yang lain. Sapaan dari si gadis manis di sangkar burung sebelah waktu membuang sampah sebelum keluar dari lohong kosong disambut mesra. Kaki berjalan mula keluar mencari sebutir nasi buat pengalas perut pagi itu. Dia melintas dihadapan sekumpulan anak-anak muda perempuan yang sedang berbincang di meja belajar. Ada yang sedang menerjah rumah-rumah sepi milik maya, ada yang sedang leka membaca buku dan ada yang sedang tidur kebosanan. Dia terbayang peristiwa dua tahun yang lalu, dia juga menjadi salah seorang seperti mereka. Langkah terus maju dihalakan demi menenangkan perut yang semakin rancak mengalunkan lagu metal nyanyian Kurt. 

Si anak muda di tebi jalan menghantar si gadis manis di hadapan sangkar burung yang bertukar menjadi istana secara tiba-tiba. Seyum masih lagi terukir di bibir. Dia melihat setahun lalu dia menjadi seperti gadis itu. Dihantar pulang dengan senyum tanpa henti bersama sebimbit kenangan dari serata negeri, dan dilambai dengan haruman mekar seharum kasturi. Dia melihat seperti semua itu baru semalam berlaku. Udara segar dari bukait bukau di belakang sarang burung tambah nyaman suasana hati. Dalam diam, dia menuntut sepi dengan senyum hingga ke pipi. 

Si suami dan isteri berbual mesra dengan penjaja nasi lemak di tepi jalan. Dia disapa lagi dengan wanita-wanita mesra di sisi suami mereka. Menyapa seperti selalu mengambil hati pembeli. Senyum masih lagi menghiasi wajah. Senyum mesra sepasang merpati dua sejoli memegang payung melintas jalan menggamit memori sekali lagi. Basah dalam hujan melintas lorong-lorong kedai demi mencari sesuap nasi. Dan hanya payung biru buat pelindung diri. Sudahnya, payung terbang ditiup ribut, dan diri terus lukus kebasahan. Berlari mencari pelindung dari kesejukan yang semakin mencengkam. Dalam mencerna memori lalu, air panas itu juga yang dicari buat menutralkan semula suhu badan ke takat asal. 

Sekembalinya dari membeli nasi lemak, kaki dihalakan kembali ke sangkar burung. Dua orang lelaki yang berbual di hadapan pintu pagar tidak dihirau. Seorang dari mereka menegur, "Hai, jalan tak pandang orang nampak!" Kepala langut ke atas dari memandang jalan berturap. Pandangannya menghala ke empat pasang mata dihadapannya. Bibir menggariskan senyum yang sedia terukir di bibir. "Hey, lama tak nampak! Sorry tak perasan tadi, tak pakai kaca mata!" kemudian, perbualan singkat tiga minit itu kemudian tamat. Kaki dilangkahkan kembali ke lohong kosong. 

Mata menyorot pada barisan-barisan kenderaan di sisi laluan ke lobi sangkar burung. Senyum segaris terukir lagi. Ingatannya pada memori CCG 8776 masih kukuh diingatan. Diminda terlayang BES 763 yang masih dipandu oleh yang merindu. Tangga mnuju ke lohong kosong didaki satu per satu. Sangkar demi sangkar dilalu. Kunci dimasukkan ke dalam tombol pintu dan dipulas ke kiri. Salam diberi dan selipar dilucutkan. Lohong kosong itu masih kosong tidak berpenghuni. Yang terkesan, cuma kipas berputar yang sengaja dibiarkan terbuka. Saban waktu, sarang burung itu masih kosong andai dia tidak kembali. Dan dia rindu semua detik yang ada dalam memori itu, biarpun walau hanya untuk lapan saat yang telah berlalu dalam mimpi tika dia beradu.  




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Banjir: Punca dan Cara Mengelakkan - Banjir adalah salah satu bencana alam yang kerap melanda di banyak kawasan, terutama di kawasan rendah dan padat penduduk. Kesan daripada banjir bukan sa...
    2 minggu yang lalu
  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    8 bulan yang lalu
  • Macam Dulu - 12 Februari 2020 Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan t...
    4 tahun yang lalu
  • BAS dan BAS - *UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI* *Tambah* mana yang kurang, *ambil* mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaup...
    5 tahun yang lalu
  • CABUT GIGI GERAHAM DAN DRY SOCKET.. - Assalammualaikum.. Serius tak sedar dah dua bulan aku tak update apa-apa..baru cadang nak rajin blogging tahun ni..lupa dowh nak bukak blog bila dah akti...
    5 tahun yang lalu
  • KEMBARA - Kita Tiada - Tiapa apa. Aku jadi ingat. Duka itu ubati lupa. Sangka baik. Percaturannya Dia itu hebat. Indah dan tepat. Hanya Dia saja yang ada....
    7 tahun yang lalu
  • Dua Ringgit Jer Untuk Hari Raya? KEDEKUT! - *Kanak-Kanak yang masih kecil * : *Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm* *Orang Dewasa Yang Sangat Dewasa * : *Walaalaikumsalam. Wah ramainy...
    8 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendid...
    9 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    11 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    12 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu