Jumaat, 19 Oktober 2012

Ini Bukan Penamat, Ini Permulaan.


jam yang digantung di dinding Kompleks Jeti Batu Musang setahun yang lalu


Jam 14:35 waktu Malaysia. 

Dia keluar dari perut teksi dan terus menuju ke arah pintu dewan. Slip peperiksaan, My Kad, dan kad identiti dikeluarkan dari beg sandang. Seminit kemudian, semua pelajar dibenarkan masuk ke dalam dewan. Tanpa menunggu lama, kaki terus melangkah masuk. Butir-butir peribadi diisi di muka hadapan kertas jawapan dan slip kehadiran. Sesaat, hujan lebat membahasi bumi, terus menurunkan suhu persekitaran di dalam dewan. Dengan lafaz bismillah, pelajar dibenarkan menjawab soalan peperiksaan pada jam 14:45 waktu Malaysia. 

Dia menjawab soalan kali ini dengan cukup sempoi. Beberapa soalan dia jawab sambil tutup mata. Dalam erti kata lain, dia jawab soalan sambil tidur. Disebabkan tidak dapat menjawab soalan yang dikehendaki, dia lelapkan mata seketika buat mencari ilham di dalam mimpi. Dia sedar semula setelah bermimpi formula untuk melengkapkan equation E is equal to mc square. Dia bangun dan terus menjawab soalan dengan kelajuan 1 kilometer per jam. 



Jam 16:45 waktu Malaysia. 


Tangan mula berhenti menulis. Pen berdakwat biru diletakkan di atas meja. Pen basah berwarna hitam dicapainya. Nombor-nombor soalan yang dijawab tadi ditulis kembali dalam kotak-kotak di muka hadapan buku jawapan satu persatu. Ada lagi satu jam sebelum waktu menjawab tamat. Ada dua soalan yang ditinggalkan tidak berjawab. Ada satu soalan yang dia jawab dengan jawapan yang kurang meyakinkan. Ada empat soalan yang dia jawab dengan penuh yakin. Harapnya, masih ada tempat untuk dia duduk di meja makan pada malam anugerah kecemerlangan yang diadakan saban semester. 

Waktu terus berjalan tanpa terhenti barang sesaat pun jua. Hujan yang turun sejak tadi masih belum berhenti. Sudah dua jam dia kesejukan di dalam dewan peperiksaan. Jeans Levi's yang dipakainya tidak berjaya membantu menutralkan kembali suhu badannya ke paras normal. Seperti berada di hadapan unggun api, dia menggosok tangan berulang-ulang kali sambil meniup-niup tapak tangannya yang semakin pucat. 

Terasa begitu lambat waktu berjalan petang itu, dia melakar gambar kereta mini kegemarannya menghadap pelabuhan. Sepuluh minit berlalu, dia terus termenung kosong. Mengimbau detik-detik dia berada di pelabuhan kasih bersama insan yang dirindu. Bersandar pada batuan hangat, dia minta bayu berpuput lembut menamar wajahnya. Damai, ingatannya beralih pada kenangan yang terlakar setahun yang lalu. Perjalanan tidak dirancang membawa dia dan yang dirindu ke Pulau Aman. Menunggu dan menyapa penduduk di Kompleks Jeti Batu Musang sebelum menaiki feri untuk ke pulau. Pertama kali menaiki bot bersama, buat dia rasa sangat dihargai, buat dia terasa si dia sedang mengotakan satu per satu janji yang pernah ditabur dahulu. Lalu, rasa kasih itu bercambah lagi, lagi, dan lagi, dan lagi. 


ini bukan rumah tempat datang-datang di Batu Pahat.

Langkah kaki diatur bersama melewati perkampungan kecil itu. Hidangan nasi goreng bersama udang oleh Kak Timah atau nama mesrannya Kilo Tango dijamah bersama dia. Sehabis nasi goreng sepinggan dan teh ais segelas, kami menyusur lagi melewati beberapa kawasan dan tapak-tapak bersejarah yang ada di sana. Sekilas, ada rusa masuk kampung yang dibiarkan begitu saja, ada telaga emas di tepi pantai yang tawar airnya, ada pokok sukun tertua di Malaysia yang besar pokoknya, ada tapak perkemahan dan dewan yang dulunya jadi tempat dia melatih peserta-peserta dalam pelbagai kursus dalam-pintu mahupun kursus luar-pintu, ada perkhidmatan sewa basikal dan kayak, dan ada cerita kita di situ. 

aku memang alah dengan udang. tapi, aku pantang jumpa udang yang besar macam ni. huhu



Jam 17:45 waktu Malaysia. 

Suara pengawal peperiksaan yang meminta pelajar berhenti menjawab soalan membawa aku kembali ke dunia nyata. Lima minit masa diambil untuk mengutip kertas jawapan sebelum kami dibenarkan keluar dewan. Di luar masih hujan renyai-renyai. Kaki terus berjalan tanpa menghiraukan semua orang yang pulang dengan kereta masing-masing. Tamat peperiksaan hari ini, bermakna tamatlah sudah sesi pembelajaran semester ini. Namun diri, masih lagi berkira entah bila mahu kembali pulang ke Selatan dunia. Tempat yang seboleh-bolehnya dia tidak mahu kembali, tempat yang seboleh-bolehnya dia mahu lenyapkan dari dunia nyata, tempat yang dia mahu ada di sana hanya jika kepulangannya dinanti-nanti, bukan kepulangannya dijadikan tempat melepas amukan dan amarah yang terpendam, dan tempat yang entah bila akan kembali aman seperti Pulau Aman?

Perjalanan dua kilometer dari dewan kolej ke sangkar burung tempat dia berhinggap mampu saja membuatkan dia basah lukus. Mulutnya riang mendendangkan alunan mesra Ziana Zain. Hatinya berbunga mengenangkan memori indah bersama yang dirindu. Kasihnya utuh mekar selalu. Cintanya abadi, sejati. Matanya bersinar, tidak pudar. Dia ceria, bahagia. Bibirnya tersenyum senang. Dia senang, menadah hujan di telapak tangan. Dia terus ceria menyapa pemilik kedai makan yang menjual nasi lemak kukus ayam berempah. Dia membeli nasi lemak-bekalan di malam hari sebelum kembali ke sangkar burung tempat dia berteduh saban hari, saban waktu. 



Jam 22:43 waktu Malaysia. 

Sekarang, waktu entri ini ditaip. Dah selesai kemas barang-barang yang perlu disimpan di dalam kotak sebelum dihumban ke dalam stor yang aku pecah-masuk kelmarin. Syukur, ada lohong untuk menyimpan barang-barang di loteng dari kena kebas oleh tukang cuci Indonesia seperti semester sudah. Maaf pihak penjaga sangkar burung sekalian, nak buat jahat ni demi keselamatan barang-barang yang  dikira cukup berharga. Semester depan janji tak buat dah, sebab duduk kat dalam sangkar burung ni pun cuma sampai semester depan je. huhuhu

ini bukan tangan aku. ini tangan encik kapten. aku ketot je. hehehh



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Banjir: Punca dan Cara Mengelakkan - Banjir adalah salah satu bencana alam yang kerap melanda di banyak kawasan, terutama di kawasan rendah dan padat penduduk. Kesan daripada banjir bukan sa...
    2 minggu yang lalu
  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    8 bulan yang lalu
  • Macam Dulu - 12 Februari 2020 Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan t...
    4 tahun yang lalu
  • BAS dan BAS - *UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI* *Tambah* mana yang kurang, *ambil* mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaup...
    5 tahun yang lalu
  • CABUT GIGI GERAHAM DAN DRY SOCKET.. - Assalammualaikum.. Serius tak sedar dah dua bulan aku tak update apa-apa..baru cadang nak rajin blogging tahun ni..lupa dowh nak bukak blog bila dah akti...
    5 tahun yang lalu
  • KEMBARA - Kita Tiada - Tiapa apa. Aku jadi ingat. Duka itu ubati lupa. Sangka baik. Percaturannya Dia itu hebat. Indah dan tepat. Hanya Dia saja yang ada....
    7 tahun yang lalu
  • Dua Ringgit Jer Untuk Hari Raya? KEDEKUT! - *Kanak-Kanak yang masih kecil * : *Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm* *Orang Dewasa Yang Sangat Dewasa * : *Walaalaikumsalam. Wah ramainy...
    8 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendid...
    9 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    11 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    12 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu