Khamis, 25 Oktober 2012

Tersekat Dan Terdampar


Ini situasi di Terminal Bersepadu Selatan jam 19:11 waktu Malaysia



Bagi sesetengah pengguna pengangkutan awam seperti bas sudah lali dengan kejadian kehabisan tiket bas pada hari terakhir sebelum berhari raya. Buat pertama kali selepas bertahun-tahun, ini kali pertama aku tersekat di Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan pada hari terakhir sebelum hari Raya Aidil Adha. Aku juga salah satu antara beratus-ratus mangsa lain hari ini dan aku juga menjadi salah satu daripada mereka yang duduk di tiang besar di situ mencari source power untuk mengecas telefon bimbit dan laptop demi memecah kebosanan yang melanda. 

Selepas tiga hari aku menghabiskan masa di horizon jiwa demi satu tugas khas, baru aku tersedar yang aku masih belum membali tiket baas untuk pulang ke Selatan Dunia. Rakan yang bekerja di kaunter tiket bas di horizon jiwa dihubungi bertanya jikalau ada lagi tiket untuk aku pulang sebelum hari raya Aidiladha. Almaklum saja, bonda menanti kepulangan aku untuk membantu apa yang perlu semasa menumbangkan seekor lembu esok. Dan, berita yang aku terima, tiket di Pulau Pinang, Sungai Petani dan Alor Setar menuju ke arah selatan telah habis dijual. Maka, aku ambil keputusan untuk turun ke Kuala Lumpur memandangkan pada kebiasaannya tiket bas masih ada pada saat-saat akhir. 

Namun apakan daya... sebaik aku tiba di Terminal Bersepadu Selatan menaiki bas yang dipandu oleh seorang ex-executive Coach captain daripada Pulau Pinang, semua tiket menghala ke destinasi selatan habis dijual. Yanng tersisa cuma ke destinasi Johor Bharu jam 10.30 malam oleh Handal Indah Sdn Bhd dan ke Segamat serta Melaka oleh bas gagap K.K.K.L.. Aku mengambil masa setengah jam untuk membuat perhubungan empat hala antara mak cik, pak cik, sepupu, dan Mr. Captain untuk meminta kepastian dan pendapat mengenai masalah berbangkit. Sudahnya, aku ambil bas ke Johor Bharu jam 10.30 malam nanti atas nasihat mak cik aku yang sudi mengambil aku di Kawasan Rehat Machap nanti. 

Ni je tiket yang ada untuk aku balik kampung tengok lembu tombang esok pagi. huhu


Selesai berurusan di kaunter tiket, barulah aku menghubungi bonda. Bonda sudah keletihan menguruskan pelbagai hal tanpa aku. Terdetik kesal, namun kesalku masih belum mampu menutup rasa kesalku atas apa yang pernah berlaku dahulu. Dan hingga kini, biarlah mereka sendiri yang menentukan yang terbaik untuk diri mereka. Aku hanya ingin menanti dan melihat, sejauh mana mereka mampu berlari, berdiri dan menongkat langit tanpa seorang aku dalam hidup mereka. Dan tentang aku, biar aku yang selesaikan sendiri satu persatu. Akan datang nanti, sesuatu buat kamu dari aku, cuma harap kamu mampu bersabar seperti mana aku cuba bersabar dengan kerenah kalian. 

Dua minggu ini, aku akan habiskan cuti berhari raya di kampung halaman sebelum naik ke Melaka bertemu Titisan Hujan seketika sebelum dia terus ke timur dunia. Kemudian, sepenuh cuti aku akan dihabiskan di horizon jiwa. Ada saki baki lagi tugasan yang aku tinggalkan di sana. Harapnya nanti, ada rezeki tercurah dari langit menanti buat kami di sana. 


Jam 21:14 waktu Malaysia. 

Ini adalah waktu-waktu terakhir entri ini ditaip. Seketika lagi, tinggal kamu di sini sementara waktu. Ada masa, nanti kita bertemu lagi di ruang legar maya yang terindah ini. Salam kasih dan sayang dari HAdira Kifly, si gadis maya yang bisu matanya, yang pekak jiwanya, dan tuli mulutnya dari tingkah kata seorang 'kamu'. Selamat Hari Raya Aidiladha, kalian. :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    Seminggu yang lalu
  • TERPALING CAMPERS - OUTDOOR - Assalammualaikum wbt. So macam tajuk di atas, la ni aku rasa nak kongsi lah sikit benda apa yang paling rancak sekarang dalam hidup aku.. yup, camping la...
    5 bulan yang lalu
  • Tularnya kisah motor Abang Rider disita - Saya turut bersimpati dengan rider Food Panda yang mengalami masalah baru-baru ini kerana motorsikalnya disita oleh pihak berkuasa. Belas ihsan adalah s...
    7 bulan yang lalu
  • Lara Hati - Hujan sepanjang hari ini, dingin sedingin hati. Jauh aku merenung tiap titis air hujan yang turun masihkah ada rindu? Aku sengaja membiarkan Tangan aku bas...
    2 tahun yang lalu
  • 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐍𝐃𝐔 𝐁𝐀𝐒 - Bas yang di dalam cerita ini Lingkungan awal 90an, selepas beberapa waktu abang zul bekerja sebagai pemandu lori yang bermula dari lori 1 tan, kemudian 3...
    3 tahun yang lalu
  • HARMONI yang HILANG - Semalam aku ke kedai ubat Cina membeli sesuatu. Aku cakap MAAF sebab ganggu dia sedang makan. Dia balas MAAF sebab aku nampak dia sedang nikmati makanan se...
    4 tahun yang lalu
  • Kembali - Assalamualaikum wbt. Gementar nak menulis semula. Terlalu lama berhibernasi barangkali. Jika ada yang merindu tulisku, coretku dan anganku. Insha Allah akan...
    5 tahun yang lalu
  • Tips Kurus Dalam Masa 3 Hari - So this really can make everyone get excited sebab nak kurus. I mean for a GIRL Laki macam tak beberapa kisah sangat dengan badan naik kot sebab Anwar tak...
    7 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    8 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    10 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    11 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu